in

Zayn Malik One Direction Tidur Dengan Pelayan Kelab Malam

Dulunya, Zayn Malik dianggap anggota kumpulan One Direction yang paling baik dan alim. Tapi, baru-baru ini, Zayn dikhabarkan berlaku curang terhadap kekasihnya, Perrie Edwards. Penyanyi berusia 20 tahun itu didakwa tidur dengan seorang pelayan kelab malam.

Dalam laporan Digital Spy menyebut, Zayn didakwa meniduri wanita bernama Courtney Webb pada Rabu lalu. Selepas berparti di sebuah kelab malam pasangan itu dilihat ke rumah Zayn di Barnet, North London.

Zayn Malik One Direction Tidur

Wanita tersebut mengaku tidak tahu bahawa Zayn sudah mempunyai kekasih. Ketika ditemubual media, dia kelihatan sangat marah kerana merasa dipermainkan oleh Zayn.

“Dia benar-benar kurang ajar. Beraninya dia – bukan hanya pada saya, tapi juga pada Perrie? Saya bukan peminat One Direction. Saya tak mengikuti perkembangan mereka.”

Sementara dalam laporan berasingan, pelayan yang juga dikenali sebagai CJ itu berkata selepas melakukan seks dengan Zayn, pemuda itu menghalaunya keluar dari rumah.

“Pada mulanya saya rasa diri saya cukup istimewa dan rela tidur bersamanya. Tetapi semuanya berubah. Selepas keluar dari bilik mandi, dia terus berkata, “ambil baju kamu, dan pergi dapatkan teksi”. Dia terus membuat panggilan untuk teksi awam.”

CJ sempat merakamkan foto Zayn ketika dia sedang tidur dan menjelaskan,

“Dia berlaku biadap terhadap saya, sebab tu saya ambil gambar dia sedang tidur.”

Dalam laporan sama ada sumber memberitahu,

“Perrie masih sayangkan Zayn. Dia tak suka memutuskan perhubungan mereka hanya kerana perkara sebegini”.

Tambah sumber itu, Perrie akan memberi peluang kedua kepada Zayn.

Pasangan itu telahmenjalin hubungan cinta sejak lebih setahun dan ini bukan kali pertama Zayn dikatakan curang terhadap Perrie. Hmm…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penjelasan Mimie Didakwa Mabuk & Ambil Dadah

G-Dragon Big Bang Sebar Gambar Taeyang Menari Tiang