in , ,

Zarina Anjoulie Selamat Bernikah Dengan Eilyas Azhar

Sebelum ini seolah memberi bayangan serta memuat naik gambar termasuk menempah baju kahwin, Zarina Anjoulie berkata dia bakal mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas tidak lama lagi.

Bagaimanapun menerusi Insta Story, Zarina dilihat memuat naik beberapa IG story memperlihatkan dirinya berbusana pengantin serba putih bersama kekasih hati di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Jika benar berita ini, kami nak ucapkan tahniah buat pelakon Zarina Anjoulie kerana kini dah selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Yas atau nama penuhnya Eilyas Azhar pada hari ini.

Zarina Anjoulie Selamat Bernikah Dengan Eilyas Azhar

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat pasangan itu seakan sudah bernikah dan melangsungkan pernikahan tersebut di Pejabat Agama memandangkan bapa Zarina turut kelihatan berada di sana untuk mewalikan anaknya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada Zarina berhubung perkara itu. Jika benar sudah selamat diijabkabulkan, tahniah kami ucapkan dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Sebelum ini, Zarina pernah mendedahkan yang dia dan teman lelakinya hampir menjalani kursus kahwin. Bagaimanapun, hasrat kedua-dua mereka itu terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu berakhir pada Disember 2016.

Berita baik ini telah dilaporkan oleh portal media hiburan yang mana kawan kepada Zarina Anjoulie, iaitu seorang makeup artist bernama Aizat telah pun mengesahkan hal tersebut.

Melalui laporan berkenaan, Zarina disatukan dengan Eilyas Azhar sekitar pagi tadi hanya dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban.

Zarina Anjoulie Selamat Bernikah Dengan Eilyas Azhar

Jika anda peminat dan follower Zarina, sudah tentu kalian akan terlihat beberapa video diupload oleh pelakon ini melalui Insta Stories miliknya padi tadi, yang mana kedua pasangan ini memakai pakaian pengantin berwarna putih. Turut kelihatan adalah wali Zarina iaitu bapanya.

Jelas Aizat, melalui rancangan awal, Zarina ingat nak buat live ketika bernikah namun tak jadi sebab Zarina agak gementar. Ini antara komen dari Aizat.

Zarina Anjoulie Selamat Bernikah Dengan Eilyas Azhar

“Dah tentulah semua gembira tapi dalam masa yg sama saya agak terkejut kerana memang saya tak sangka, ingatkan mereka dua ni hanya nak main-main cinta saja, tak nampak pun serius hubungan mereka. Namun rupa-rupanya secara senyap, mereka memang cari tarikh yg sesuai untuk buat majlis akad nikah. Syukur amat sangat”.

– Aizat

Melalui laporan, selepas sahaja bernikah di pejabat agama, telah dibuat satu majlis kenduri secara sederhana sahaja untuk teman rapat dan keluarga di rumah pengantin lelaki.

Khabarnya Zarina dan Yas akan buat majlis resepsi dalam waktu terdekat ini dan jika dilihat di media sosial, persiapan sedang dibuat. Zarina Anjoulie juga ada mencari jurugambar untuk majlis perkahwinannya nanti.

Sebelum ini, ketika namanya sedang popular menerusi drama, Zarina mengambil keputusan untuk bernikah dengan seorang jejaka dari negara Brunei dan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Akan tetapi perkahwinan mereka berakhir sekitar bulan hujung tahun 2016.

Tahniah buat Zarina Anjoulie dan juga Yas. Semoga bahagia dunia dan juga akhirat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kowachee Juara! Ini Senarai Pemenang Ceria Megastar 2020

The Women For Women Organized by Mrs Malaysia World 2019/2020