Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Zamani Slam Ditangkap Positif Dadah

Berita tergempar yang tersebar di sosial media pada hari ini ialah bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan di kediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis Morfin.

Nampaknya, artis dengan dadah tak dapat nak dipisahkan. Setiap tahun mesti ada kes artis kantoi dadah kan? Dan berita ini adalah berita pertama untuk tahun ini yang kita dengar. Patutlah badan Zaman kurus dan wajahnya cengkung semacam. Hmmmm…

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi (Rabu).

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952. Kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun. Sumber: Astro Gempak

Fuh rupanya, dah lebih 10 tahun dah kot dia dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin ni. Zamani akan dibawa ke mahkamah hari ni untuk mendapatkan perintah reman.. Mmmm… macam-macam kerenah artis sekarang ni.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version