in

Zam Juara Skool of Lawak Musim Pertama

Peserta Zam diumumkan sebagai juara program Skool of Lawak musim pertama yang berlangsung di Megastar Arena pada hari Jumaat, 25 April 2014 lalu. Kemenangan itu membuatkan Zam atau nama sebenarnya Muhammad Rizam Zaaffar, 26, membawa pulang wang sejumlah RM100,000 berserta trofi. Sekaligus menepati ramalan barisan pihak juri. Zam atau nama sebenar Muhammad Rizam Zaaffar, 26, berjaya menewaskan dua lima peserta yang lain.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Fiza (FilzahAzmi), 25, dengan membawa pulang sebuah trofi berserta wang tunai RM50,000. Manakala tempat ketiga jatuh kepada One atau Mohd Hazwan Mohd Azani, 27, menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.

Zam

Menurut Othman Hafsham selaku pengetua Skool of Lawak, kemenangan Zam sudah menjadi jangkaan barisan tenaga pengajar dan pihak juri selepas menerima undian tertinggi selain peningkatan yang ditunjukkan pelajar kelahiran Banting, Selangor ini.

“Kami barisan tenaga pengajar dan barisan juri sudah menjangkakan kemenangan bakal berpihak kepada Zam. Ini kerana dia berjaya menunjukkan peningkatan yang mendadak selain mutu persembahan yang cukup bagus. Tidak bermakna lima peserta yang lain tidak menonjol, cuma kelebihan yang dimiliki oleh Zam merupakan faktor utama dia menjadi pilihan pihak juri dan para pengundi.”

Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Jep (Sepahtu) dan Johan (Raja Lawak).

Markah peserta diadili 70 peratus daripada panel penilai Prof Abdul Razak Mohaideen, Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor manakala 30 peratus daripada undian penonton. Selain Fiza, One dan Zam, tiga peserta lain yang beraksi di pentas akhir ialah Mail atau nama sebenarnya Ismail Abdullah, 36, Azmi (Nor Azmi Ibrahim), 39 dan Yus (Mohd Yusrishah Tapah), 25.

Pada malam peringkat akhir menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar iaitu tema bebas bersama artis jemputan, muzikal dan komedi stand up. Cabaran-cabaran tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk membuktikan kemampuan mereka bermain dengan set dan penggunaan pentas.

Skool of Lawak disiarkan setiap hari Jumaat bermula pukul 10 malam, secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Saiful Apek Didenda RM2,500

Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Nikah