in , ,

Zahid Ceburi Bisnes Tea Amo Minuman Enak Kini Boleh Dinikmati di Lotus Puchong

Tahniah buat Zahid yang kini bergelar usahawan untuk satu jenama minuman yang popular iaitu Tea Amo. Anda boleh datang ke Lotus Puchong dii mana anda boleh menikmati minuman yang enak ini di kawasan parking kereta dan pintu masuk pasaraya Lotus Puchong.

Tea Amo merupakan jenama minuman yang pertama menawarkan topping Tau fu fah dan dibuat segar setiap hari. 

Pelanggan boleh memilih citarasa masing-masing yang terdiri daripda beberapa siri perisa. 

Perisa tersebut terdiri daripada Taufa Series, Chicolata Series, Unique Mango Boba Series, Brown Sugar Pearl Series, Tropical Fruit Series dan Milky Series.

Matlamat utama Tea Amo adalah untuk melahirkan 1,000 usahawan di kalangan golongan muda. Pelan perniagaan yang ditawarkan oleh Tea Amo amat bersesuaian dengan generasi masa kini. 

Di samping itu, Tea Amo juga ingin mempromosikan budaya dan warisan teh Malaysia. 

Selain dari minuman, Tea Amo juga menjual Tau fu fah yang boleh dinikmati oleh pelanggan. 

Keunikan Tau fu fah kami adalah mempunyai tekstur yang lembut, cair di mulut dan lemak manis dan disajikan bersama warm pearl. Ianya cukup lazat dan memikat.

Selain di Malaysia, Tea amo telah diterima baik di beberapa buah negara lain. Antaranya ialah di Sirkeci Turkiye dan Jakarta Indonesia.

Tea Amo yakin dengan model perniagaan yang diketengahkan dapat memberi peluang kepada ramai anak muda untuk memiliki dan menceburi perniagaan sendiri.  

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Tea Amo di talian 016-2184013.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UYAINA ARSHAD

Uyaina Arshad Perli Influencer, Jangan Rasa Diri Tu Famous Sangat

Muslim Pro

Syarikat Induk Muslim Pro, Bitsmedia Telah Berjaya Kumpul AS$20 juta