in ,

Zahid AF2 & Sarah Julifa Bakal Nikah 7 Jun Ini

[dropcap]P[/dropcap]enyanyi dan penyampai radio Era FM, Zahid Baharudin, 32 tahun, bakal melangsungkan pernikahan bersama Sarah Julifa Yusof, 25 tahun, pada pada 7 Jun depan di Teluk Intan, Perak sebelum mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya. Zahid yakin tiada sebab melengahkan niat sucinya untuk menikahi Sarah. Walaupun baru setahun mengenali Sarah, keputusan ini diambil kerana pasangan ini tidak mahu bercinta terlalu lama. Keluarga kedua belah pihak dah bersetuju dan dah berbincang semasa menghantar ‘tanda’ pada bulan Disember 2012 lalu. Okay, cool lah kalau macam tu.

Sebenarnya, Zahid dan Sarah kebetulan bertugas di Astro dan mereka berdua berasal dari Teluk Intan, Perak. Ini memudahkan lagi untuk melangsungkan majlis nikah. Persiapan dah hampir selesai. Semuanya dengan bantuan keluarga terdekat, jiran dan kawan-kawan. Pada mulanya, Zahid dan Sarah berkenalan di laman sosial Facebook tapi pada masa tu, Zahid tak tahu pun Sarah kerja kat Astro dan yang mengejutkan Zahid, wanita yang dikenalinya itu adalah seorang peminat tegar dan pengundi setia semasa Zahid masuk AF musim kedua. Mereka berkawan tak lama. Selepas beberapa kali berjumpa, hubungan mereka serius.

Selepas beberapa lama kenal, Zahid dapati Sarah sangat istimewa sebab di sebalik sikap gila-gila, dia pandai masak, buat kek dan bijak merancang hidup. Zahid juga mengakui tertarik dengan hati dengan bakal isterinya kerana ketegasan wanita itu dalam mendisiplinkan dirinya.

“Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang.”

Majlis nikah akan diadakan di masjid, manakala resepsi keluarga di dewan berbeza. Bagi pihak keluarga Sarah, kami adakan sebelah siang, manakaka keluarga saya pada malam.

“Sebenarnya, kami tak bertunang sebaliknya hanya merisik ketika keluarga berkunjung ke kediamannya, akhir tahun lalu. Insya Allah, kami mungkin akan bertunang beberapa jam sebelum akad nikah.”

Majlis bertandang akan diadakan pada 15 Jun ini.

“Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Sarah muda dibawa ke tengah dan ke tepi, malah dari segi perngurusan masa, dia banyak membantu saya.”

Zahid ternyata sudah bersedia bergelar suami dan memegang tanggungjawab. Namun, Zahid masih lagi berdebar-debar.

Sebelum ini, Zahid pernah berkongsi majlis merisik Sarah di Instagram, Disember lalu yang antara lain menunjukkan keluarganya menghantar rombongan dengan membawa sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Selain majlis pernikahan yang diadakan pada 7 Jun, pasangan ini akan mengadakan majlis menyambut menantu di sebelah keluarga Zahid pada 15 Jun di Teluk Intan.

Sidang Media Akademi Fantasia 10 diacarakan oleh Dina Nadzir & Zahid @dinanadzir @zahidbaharudin #AF10

Zahid bersama Dina Nadzir mengacara majlis pelancaran Akademi Fantasia 2013 baru-baru ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yasmin Hani Umum Hamil 16 Minggu di Instagram

Pelancaran Pembersih Muka Clean & Clear Fruit Essentials