in

Yuna Perform di Jimmy Kimmel LIVE Malam Ini

Bangun pagi ini, belek-belek foto dari rakan-rakan di Instagram, Budiey terlihat satu berita bergambar di mana penyanyi Malaysia yang kini telah menempa nama di peringkat antarabangsa, Yunalis Zarai akan buat persembahan di Jimmy Kimmel LIVE dengan menyampaikan lagu Falling pada jam 11.35 malam waktu US. Satu lagi persembahan yang pastinya akan ditonton oleh semua peminat rancangan bual santai yang sangat popular bukan sahaja di Amerika Syarikat malah di seluruh dunia.

Baru Budiey teringat, semasa pelancaran dan pra dengar album terbaru NOCTURNAL di ibu pejabat Google Malaysia baru-baru ini, Yuna ada memberitahu media yang dia akan muncul sebagai tetamu Jimmy Kimmel LIVE terbitan ABC bagi mempromosikan album terbarunya, Nocturnal.

Jimmy Kimmel juga turut menyeru semua pengikut Twitter untuk menonton siaran langsung itu.

 

“Siapa yang tidak gembira apabila mendapat pujian daripada selebriti terkenal seperti Ryan. Apa pun, saya anggap pujian yang diberi sebagai motivasi dan kata-kata semangat untuk terus memberikan yang terbaik.”

 

 

Sudah pasti, Budiey rasa selepas ini, nama Yunalis Zarai akan meniti di bibir peminat muzik tegar di sana dan pasti meraih perhatian industri hiburan di Amerika Syarikat (AS). Nampaknya, segala usaha keras menjayakan album pertamanya bersama label Verve Records dan pengorbanan Yuna meninggalkan Malaysia berbaloi dengan penerimaan dan sambutan yang sangat menggalakkan. Syabas Yuna!

Setidak-tidaknya, nama Malaysia akan disebut-sebut dalam program yang ratingnya sangat tinggi di sana dan ditonton di seluruh dunia. Pastinya akan mengharumkan nama Malaysia!

Do The Best @Yunaliszarai . Malaysia Boleh! @Yunaroomrecords

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Giliran Lagu Bertanding di Anugerah Juara Lagu 28

Gambar Sekitar #PartyBudiey Ke-7 Dari Lensa Taqiyuddin Arifin