in ,

Yuna Homecoming Concert 2012

Ini berita baik buat peminat penyanyi terkenal yang kini mencapai tahap artis antarabangsa, Yuna di mana Yuna akan mengadakan persembahan di YUNA HOMECOMING CONCERT di dua buah lokasi iaitu di Penang dan di Kuching.

Eh, kat Kuala Lumpur takde eh?

Itu kena tanya Talent Harvest la sebab mereka yang anjurkan konsert ni. Jawapannya, memang konsert ini diadakan hanya di Penang dan di Kuching sahaja.

YUNA HOMECOMING CONCERT 2012

Yuna Concert

Budiey difahamkan konsert YUNA HOMECOMING CONCERT di Pulau Pinang akan diadakan pada 10 November 2012 di Penang Times Square. Manakala di Kuching pula pada 16 November 2012 di Sarawak Cultural Village. Pintu akan mula dibuka pada jam 6 petang.

Tiket akan dijual di www.ticketpro.com.my bermula 30 Ogos 2012 jam 10 pagi. Boleh hubungi 03-7880 7999.

Early birds enjoy RM20-RM30 off from the pre-sale ticket price. For more information about the concert, kindly log onto www.facebook.com/yunahomecoming2012 or follow us on twitter at @yunahomecoming.

Budiey diberitahu, satu sidang media untuk mengumumkan konsert Yuna ini akan diadakan pada bulan September ini.

Pastinya, konsert ini diadakan untuk sebagai meraikan sokongan peminat Yuna yang tak putus-putus memberikan sokongan sehingga kejayaan Yuna membawa muziknya ke Amerika Syarikat dan kelahiran album sulung beliau di sana.

Yuna Concert

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Adam & Hawa di Saluran Mustika HD & Astro Gempak

Jom Sertai Pertandingan Siswa Merdeka Anjuran Erama TV