in

Senarai Video YouTube Malaysia Rewind 2015

Apa yang mengujakan kami di YouTube adalah untuk mengimbas semula video-video viral, produksi epik dan kreatif yang memberi impak kepada budaya ‘pop culture’ di peringkat global.

Musim perayaan dan sambutan hari kebangsaan telah memberikan impak besar pada 2015 dengan pembangun kandungan kreatif tempatan Les’ Copaque melalui video Upin & Ipin – Gong Xi Fa Cai mendahului carta, diikuti video dari Mudah.my dan video bertemakan patriotik untuk Hari Kebangsaan dari Petronas berada di kelompok tiga teratas. Selain itu, video dari Malaysia Airlines dan trailer filem Polis Evo berada dalam senarai 10 video trending pada tahun ini.

Maroon-5

YouTube Malaysia Rewind 2015

[dropcap]P[/dropcap]opulariti kandungan YouTube tempatan juga melonjak ke paras tertinggi dengan tujuh dari video yang berada dalam senarai 10 video trending adalah dari bakat-bakat tempatan. Mereka telah membuatkan penonton terkesan terutama melalui video yang mempunyai nilai kekeluargaan dan perayaan serta menghiburkan penonton melalui video lucu di Dubsmash.

Meraikan apa yang dibangun, ditonton dan dikongsi sepanjang tahun

Penyanyi rap/penulis lirik dari Amerika Syarikat, Wiz Khalifa berada di kedudukan tertinggi carta muzik video dengan lagu memperingati mendiang Paul Walker dari filem Fast & Furious 7, mendahului Ellie Goulding, Maroon 5, Humood AlKhudher, Cita Citata, Taylor Swift, Jessie J dan kumpulan dari Korea, Big Bang. Pengguna juga turut menonton video dari penyanyi tempatan seperti Drama Band dan MOJO.

Berikut adalah video-video dan muzik video trending untuk Malaysia pada tahun ini, berdasarkan tontonan, perkongsian, kesukaan dan sebagainya yang anda lakukan di YouTube:

Top Trending Video di YouTube Malaysia 2015

1.Upin & Ipin – Gong Xi Fa Cai – Les’ Copaque
2.Letting Go of the Past Can Bring an Unexpected Surprise this Chinese New Year – Mudah.my
3.PETRONAS National & Malaysia Day 2015: #akrab – PETRONAS Official
4.BoBoiBoy Musim 3 Episod 16: Bahaya BoBoiBoy Api! – Monsta
5.Ultraman Neos vs Nozera & Sazora
6.Home – #lundangtonewcastle – Malaysia Airlines
7.Frozen Let it Go – In Real Life
8.Humood AlKhudher – حمود الخضر – كن أنت | Kun Anta ( Wani cover )
9.POLIS EVO – Official Trailer 17 September 2015 [HD] – Tayangan Unggul/Astro Shaw
10.Dubsmash Melayu #1 Kompilasi Terbaik Video Dubsmash Malaysia

Top Trending Video Muzik di YouTube Malaysia 2015

1.Wiz Khalifa – See You Again ft. Charlie Puth [Official Video] Furious 7 Soundtrack
2.Ellie Goulding – Love Me Like You Do (Official Video)
3.Maroon 5 – Sugar
4.Humood AlKhudher – Kun Anta | حمود الخضر – كن أنت
5.GOYANG DUMANG – cita citata
6.Drama Band – Biarkanlah (Official Lyrics Video)
7.Taylor Swift – Bad Blood ft. Kendrick Lamar
8.BIGBANG – LOSER M/V
9.’Dahsyat” – MOJO (Official MTV)
10.Jessie J – Flashlight (from Pitch Perfect 2)

Global

Lebih dari 150 pembangun YouTube dari seluruh dunia, bersama-sama meraikan momen terbesar dan terindah sepanjang tahun, serta beberapa klip video yang tidak boleh dilupakan dari sejarah ulangtahun YouTube yang ke-10 pada bulan Mei lalu. Anda boleh saksikan video-video imbasan sepanjang 2015, yang memuatkan video di YouTube dari permainan video hingga model-model fesyen di:

YouTube Rewind Global Video
YouTube press site

Kami juga memberikan peluang kepada anda untuk meraikan momen-momen kegemaran anda di YouTube melalui laman rasmi video trending 2015 kami, berdasarkan jumlah waktu pengguna menghabiskan masa menonton, berkongsi dan sebagainya. Didahului dengan trend tarian, yang menyaksikan tontonan lebih 25 juta jam dan telah dibangunkan oleh saluran dengan pelanggan melebihi 40 juta. Ini juga merupakan tahun pertama kita dapat saksikan bukan hanya satu tetapi empat momen televisyen berada dalam carta ‘Trending Video 2015’. Antara empat video itu, tiga video berkaitan dengan rancangan larut malam yang menjadi popular di YouTube, perlawanan gerak bibir, nyanyian bersama di dalam kereta dan koleksi tweet kritikan. Jumlah jam pengguna menghabiskan masa menonton klip video viral dari rancangan larut malam itu meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

1. Silento- Watch Me (Whip/Nae Nae) #WatchMeDanceOn oleh Tianne King
2. Clash of Clans: Revenge (Official Super Bowl TV Commercial) oleh Clash of Clans
3. Crazy Plastic Ball PRANK!! oleh RomanAtwood
4. Love Has No Labels | Diversity & Inclusion | Ad Council oleh Ad Council
5. Lip Sync Battle with Will Ferrell, Kevin Hart and Jimmy Fallon oleh The Tonight Show Starring Jimmy Fallon
6. Justin Bieber Carpool Karaoke oleh The Late Late Show with James Corden
7. 6ft Man in 6ft Giant Water Balloon – 4K – The Slow Mo Guys oleh The Slow Mo Guys
8. Golden boy Calum Scott hits the right note | Audition Week 1 | Britain’s Got Talent 2015 oleh Britain’s Got Talent
9. Dover Police DashCam Confessional (Shake it Off) oleh Dover Police
10. Mean Tweets – President Obama Edition oleh Jimmy Kimmel Live

Bagi muzik pula, ia merupakan tahun terbaik yang menyaksikan video Wiz Khalifa, ‘See You Again’ mencecah lebih 1 bilion tontonan dalam tempoh 6 bulan dan video dari Adele berjaya memasuki carta 10 terbaik hanya dalam beberapa minggu. Secara kolektifnya 10 video tersebut mempunyai lebih dari 66 juta pelanggan, dan pengguna menghabiskan lebih 37,000 tahun memainkan muzik video ini sepanjang 2015 — meningkat sebanyak 60% berbanding tahun lalu.

1. Wiz Khalifa – See You Again ft. Charlie Puth [Official Video] Furious 7 Soundtrack
2. Maroon 5 – Sugar
3. Major Lazer & DJ Snake – Lean On (feat. MØ) (Official Music Video)
4. Ellie Goulding – Love Me Like You Do (Official Video)
5. Taylor Swift – Bad Blood ft. Kendrick Lamar
6. Adele – Hello
7. David Guetta – Hey Mama (Official Video) ft Nicki Minaj, Bebe Rexha & Afrojack
8. Sia – Elastic Heart feat. Shia LaBeouf & Maddie Ziegler (Official Video)
9. Fifth Harmony – Worth It ft. Kid Ink
10. Silentó – Watch Me (Whip/Nae Nae) (Official)
… dan saksikan lebih banyak video muzik terkenal.

Dan sekiranya anda menggemari trailer filem-filem terbaharu, video muzik terkini, klip-klip viral dari pembangun YouTube terkenal dan macam-macam lagi, hari ini kami memperkenalkan YouTube Trending tab baharu. Pengalaman aplikasi baharu ini memberikan video trending secara terus ke Android, iOS, dan desktop anda.Ia merupakan cara terbaik untuk mengetahui mengenai video, kandungan dan trend pada setiap hari. Saksikannya dahulu sebelum ia masuk ke senarai YouTube Rewind 2016 dan untuk mendapat lebih keseronokan , saksikan saluran YouTube Rewind!

Mengenai YouTube
YouTube merupakan komuniti video atas talian terkenal yang membolehkan berjuta-juta orang meneroka, menonton dan berkongsi video asli dibuat. YouTube menyediakan forum untuk pengguna berhubung, memberitahu dan memberi inspirasi kepada orang lain di seluruh dunia dan bertindak sebagai platfom untuk pembangun kandungan asli dan para pengiklan kecil mahupun besar.YouTube, LLC berpangkalan di San Bruno, Calif., dan adalah anak syarikat Google Inc.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Westin Dhaka Bangladesh

Muzik Video MANUSIA SEMPURNA Nyanyian Ayai & Awi Rafael Kini di Youtube