in , ,

YouTube Malaysia Lancar Saluran Khas Sempena Ramadan

Daniel Fong

Bayangkan satu billion orang melayari Youtube setiap bulan untuk menonton bahan hiburan, berita, informasi dan sebagainya. Memang sangat ramai, okay. Budiey sendiri menggunakan Youtube untuk mengupload semua video yang Budiey rakam di event. Jadi, untuk memudahkan lagi rakyat Malaysia melayari saluran kegemaran mereka dan meneroka kandungan baru yang lebih gempak dalam satu tempoh yang paling bermakna dalam satu tahun, Youtube telah menjalinkan kerjasama untuk memberikan yang terbaik kepada pelayar.

YouTube Ramadhan launch - PC_1600x1144

Semasa menghadiri Bengkel Youtube Pop-up pada hari Isnin yang lalu, Budiey telah menyaksikan satu lagi kerjasama buat pertama kalinya yang dianjurkan oleh Youtube. Pastinya, ini kerana lebih ramai yang mula memfokuskan kepada medan internet untuk menonton pelbagai siri video dan kandungan, pihak Google Malaysia mengumumkan pelancaran saluran baru di YouTube, dinamakan sebagai saluran Ramadhan Raya.

Saluran ini dipersembahkan dengan kerjasama Nestle bersama Astro, Nestle, Homegrown Productions, Trymasak, Animonsta Studios dan Suria Records Sdn Bhd. Bagi Budiey, melihat pada laman sesawang untuk saluran ini, boleh Budiey katakan, ianya satu destinasi untuk kita semua, rakyat Malaysia menikmati kandungan bermusim di mana menepati semua citarasa dan gaya hidup penonton. Setakat ini semua penyedia kandungan yang dilantik telah memberikan yang terbaik untuk tatapan penonton. Yang lebih penting, ia bermanfaat, sesuai dengan konsep Ramadan dan juga menghiburkan untuk tontonan di bulan puasa dan musim perayaan Aidilfitri nanti.

Anda semua boleh melayari: youtube.com.my/ramadanraya

Lima rakan kongsi telah menyumbangkan kandungan melalui lapan saluran Youtube yang terdiri daripada hiburan, masakan, animasi, muzik dan drama dengan 280 buah video unik yang secara keseluruhannya menampilkan lebih 130 jam kandungan untuk kita semua.

“Berjuta-juta rakyat Malaysia melayari Youtube melalui pelbagai paparan setiap bulan untuk mendapatkan informasi dan hiburan. Apa yang hebat pada tahun ini, pertama kalinya kami bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Nestle untuk mengelolakan sebuah saluran istimewa sempena Ramadan dan Raya supaya rakyat Malaysia dapat mengakses kandungan bermusim ini sesuai dengan gaya hidup dengan lebih mudah untuk seisi keluarga.”

“Kami harap, saluran Ramadan Youtube ini akan menjadi wadah kepada kandungan tempatan berkualiti yang berguna menggambarkan keindahan Malaysia di bulan Ramadan.”

– Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia

Untuk maklumat pembaca Budiey.com, Youtube Malaysia telah dilancarkan lebih setahun lalu pada bulan Mac 2012. Kemudian, diikuti dengan Program Rakan Kongsi YouTube pada Disember lalu untuk membantu pencipta-pencipta kandungan video di Malaysia menjana pendapatan dengan karya mereka.

Wiwi Goh at YouTube Workshop
YouTube Ramadhan channel launch_PC_1600x1065

Tentang Youtube
Youtube ialah sebuah komuniti video atas talian paling popular di dunia yang membolehkan jutaan individu untuk menonton, menemukan dan berkongsi bahan video yang diterbitkan. Youtube menyediakan platform untuk penonton berhubung, dimaklumkan serta diinspirasi daripada setiap perkara yang berlaku di seluruh dunia. Ia juga bertindak selaku platform untuk mengagihkan kandungan asli pembikin dan pengiklan dari serata lokasi, baik pembikin kecil ataupun besar. Youtube, LLC berpengkalan di San Bruno, California dan merupakan anak syarikat milik Google Inc.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Rumah Kedai Lakonan Rozita Che Wan

Jelajah Piala Astro Pamer Piala Kejohanan Bola Sepak