in , ,

Youtube Lancarkan Inisiatif Baharu, Mahu Kurangkan Iklan Yang Berulang

Kadangkala agak terlalu jelas apabila syarikat melancarkan kempen iklan besar di YouTube. Jika anda seorang penonton YouTube yang tegar, anda mungkin akan melihat iklan yang sama berulang kali.

Walau bagaimanapun, minggu ini YouTube mengumumkan bahawa ia sedang membangunkan ciri kawalan ke atas kekerapan iklan dipaparkan kepada pengguna.

Ciri kekerapan iklan iaitu Display dan Video 360 sebenarnya dilancarkan pada bulan Februari dan meliputi kempen iklan yang dijalankan dalam aplikasi TV pintar yang berbeza termasuk aplikasi YouTube dan apliaksi saingan seperti Hulu.

Tetapi YouTube telah mengesahkan kepada The Verge bahawa rancangan itu bukan sahaja mengira iklan pada aplikasi TV pintar, tetapi juga pada platform mudah alih dan desktopnya. Ini bermakna kurang iklan untuk penonton. Iklan yang sama berulang kali bukan sahaja menyusahkan bagi pengguna, ia juga tidak baik untuk syarikat.

Digabungkan dengan keupayaan pembelajaran mesin terkemuka, pengiklan kini dapat mengoptimumkan bilangan berapa kali penonton melihat iklan mereka dalam seminggu. Ini bukan sahaja bermakna perbelanjaan yang lebih cekap, tetapi lebih penting pengalaman yang lebih baik untuk penonton.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kak Nita & Abang Mahathir Dalam Keadaan Sihat”- Penulis Lirik 

Pengacara Popular Naz Rahman Hos Program SENI UNTUK SEMUA Di TV1