in , ,

YouTube Jadi Raja Baru Dagangan Video Di Asia Tenggara

Ekonomi Kandungan Digital Meletup, YouTube Kini Lebih Dari Sekadar Platform Hiburan

Siapa sangka, YouTube, yang dulu tempat kita cari video klip lagu dan tutorial mekap, kini dah transform jadi pemain utama ekonomi digital Asia Tenggara. Menurut laporan terkini dari Google, sebanyak 7,600 saluran YouTube dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina telah berjaya capai 1 juta pengikut. Lagi gempak, lebih 77,000 saluran dah cecah 100,000 subscribers. Ini bukan sekadar nombor, tapi simbol kuasa pengaruh dan kredibiliti digital yang sangat luar biasa.

Kebangkitan pencipta kandungan ni bukan kebetulan. Ia lahir daripada gabungan kreativiti, konsistensi dan kepercayaan. YouTube kini menjadi penghubung terus antara jenama dan pengguna, menghapuskan jurang dan memacu ekonomi secara organik.

Jumlah Pengguna Meletup: 290 Juta Penonton Di Asia Tenggara

Bayangkan – 290 juta pengguna! Itu lebih dari 85% pengguna internet di rantau ini yang kini aktif menonton YouTube. Di mana ada mata yang menonton, di situ ada peluang buat jenama. Dan bila ada peluang, pencipta kandungan seperti Budiey – dan ribuan yang lain – boleh menjana bukan sekadar pengaruh, tetapi pendapatan sebenar.

Bagi Budiey, ini adalah isyarat paling jelas: masa depan dunia pemasaran digital ialah video. Bukan sebarang video, tapi video yang dipercayai dan memberi nilai sebenar kepada penonton.

Kepercayaan Jadi Mata Wang Paling Mahal Dalam Dunia Pemasaran

Di zaman sekarang, kepercayaan lebih mahal daripada views. Kajian dari Kantar buktikan: 67% penonton di Indonesia dan 85% di Thailand percaya kepada kandungan daripada pencipta YouTube. Malah, 60% Gen Z lebih yakin dengan jenama yang bekerjasama dengan YouTuber berbanding iklan tradisional.

Poin kritikal di sini? Engagement bukan sekadar tentang klik atau likes – tapi tentang hubungan jangka panjang yang dibina perlahan-lahan.

Sapna Chadha, Vice President, Southeast Asia and South Asia Frontier, Google Asia Pacific
Sapna Chadha, Vice President, Southeast Asia and South Asia Frontier, Google Asia Pacific

Sapna Chadha dari Google sebut dengan jelas:

Niat pembelian 4 kali ganda lebih tinggi di YouTube berbanding platform lain.”

Sapna Chadha

Pencipta terkenal Yudist Ardhana pun setuju – “Authenticity is everything.” Bila penonton rasa “eh, dia ni ikhlas,” di situlah terbinanya trust. Dan dari trust, barulah datang sokongan padu.

YouTube Shopping: Ubah Video Jadi ‘Kedai Bergerak’ Dengan Satu Klik

Inilah kemuncaknya! YouTube Shopping kini dilancarkan di 6 negara SEA termasuk Malaysia – dan yang paling menarik, ia integrated dengan Shopee. Maknanya, bila tengok video, terus boleh beli! Tak payah tukar aplikasi, tak payah cari link.

Contoh real:

  • Di Vietnam, pencipta kandungan seperti Mai Trinh Hồ berjaya naikkan pendapatan 5 kali ganda.
  • Di Indonesia, Jagat Review jana 50% pendapatan saluran hanya dari YouTube Shopping – dalam masa 4 bulan sahaja.

Ini bukan omong kosong. Ini masa depan e-dagang. Siapa lambat adaptasi, memang akan tertinggal jauh.

Yudist Ardhana, Creator, Indonesia
Yudist Ardhana, Creator, Indonesia

TV Pintar Jadi Panggung Baharu Pemasaran Interaktif

Yes, sekarang YouTube bukan lagi eksklusif di phone. 79 juta penonton Asia Tenggara kini tonton YouTube di TV pintar. Dan lebih menarik, iklan pun dah makin interaktif – ada Pause Ads, ada Shoppable CTV, siap boleh scan QR code terus beli kat skrin besar!

Jenama besar macam McDonald’s dan Pepsi pun dah nampak hasilnya.

  • McD di Filipina naik 46% jualan harian.
  • Pepsi di Vietnam naik 27% jangkauan Gen Z.

Ini bukti: iklan di YouTube bukan sekadar gangguan, tapi jadi pengalaman.

Yada Sarttarasathit Harel, Chief Digital and Marketing Officer L_Oréal (Thailand) Ltd
Yada Sarttarasathit Harel, Chief Digital and Marketing Officer L_Oréal (Thailand) Ltd

Video Commerce Bukan Lagi Pilihan, Tapi Keperluan

Dalam dunia e-dagang masa kini, 86% pengguna rujuk video sebelum buat pembelian. Nak beli mekap? Tengok review dulu. Nak beli telefon? Tonton unboxing dulu. Inilah era baru – YouTube sebagai pintu utama sebelum membeli.

Arthur Altounian dari WPP Media rumuskan dengan tepat:

“YouTube menyambungkan penemuan kepada pembelian secara seamless.”

– Arthur Altounian

Maknanya – kalau jenama nak menang hati pengguna, kena masuk dalam ekosistem pencipta kandungan. Kena jadi sebahagian dari cerita, bukan iklan semata-mata.

Apa Kata Budiey

Sebagai seorang pencipta kandungan dan pengulas digital yang hidup dalam dunia video 24/7, Budiey rasa inilah momen paling mendebarkan untuk industri. YouTube bukan sekadar platform hiburan, tapi kini jadi medan perniagaan sebenar. Pencipta kandungan bukan lagi ‘penghibur’, tapi penggerak ekonomi.

Budiey percaya, masa depan adalah milik mereka yang berani berkongsi, berani jujur, dan berani jual cerita – bukan sekadar produk. Video bukan saja mempengaruhi pembelian, tapi membina kepercayaan yang tak ternilai. Dan bila ada kepercayaan, segalanya mungkin.

Kalau korang jenama, this is the time to collaborate with creators. Kalau korang pencipta kandungan, this is the moment to own your narrative. Dunia digital menanti – dan YouTube adalah pentas utamanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Jubli Intan Penuh Gemilang Dengan Konsert Richard Marx di Genting