in

Netflix Lancar Trailer & Poster Pertama YOU

Jom tonton dulu trailer filem YOU, sebuah kisah yang diadaptasi dari sebuah novel dibintangi oleh Penn Badgley, Elizabeth Lail dan ramai lagi.

Sekarang ni, kalau dah bosan tengok program TV, Budiey akan menonton filem dan drama di Netflix. Terbaru, Budiey sangat teruja untuk menantikan sebuah filem yang diterbitkan oleh Netflix berjudul YOU.

Filem YOU akan disiarkan di Netflix mulai 26 Disember 2018. Lambat lagi kan. Tapi Budiey dah tengok trailer. Nampak macam menarik.

YOU netflix

Berdasarkan sebuah novel terlaris garapan Caroline Kepnes dengan nama yang sama, “Apa yang anda akan lakukan untuk cinta?”.

Ia mengisahkan kisah pengurus kedai buku yang cemerlang menyeberangi laluan dengan seorang penulis bercita-cita tinggi. Dengan menggunakan internet dan media sosial sebagai alat untuk mengumpul maklumat yang paling intim dan mendekatinya, menghiburkan yang menarik dan canggung dengan cepat menjadi obsesi kerana dia secara diam-diam dan secara strategik melalui setiap halangan.

Dibintangi Penn Badgley, Elizabeth Lail, Shay Mitchell, Lucy Padovan dan Zach Cherry.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Nassier Wahab, Man Bai & Rahim Maarof dalam DIMENSI LEGENDA

Konsert Lagenda 60-an Bersama Orkestra Tradisional Malaysia 2018