in ,

Yonnyboii Ada Sebab Tak Puas Hati Lagu NAKAL Tak Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu 35

Sebanyak 12 lagu telah pun kita ketaahui untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu. Cuma, sehingga hari ini ramai yang tak berpuas hati dengan keputusan 12 lagu yang terpilih. Ini dah adat bertanding. Ada kalah, ada menang.

Lagu Sakit ciptaan Yonnyboii duet bersama Zynakal gagal ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), Yonnyboii akui tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

“Rasa tak puas hati sebab Yonny rasa tak bagi yang terbaik pada malam tersebut (semi final). Saya rasa boleh buat yang lebih baik lagi,” katanya.

– Yonnyboii

Biasalah ada sedikit rasa sedih, tak puas hati tapi kena terima sebab keputusan yang dibuat oleh juri adalah yang terbaik.

Sfmm35 - Malam Pertama

“Yonny pun tengok orang lain perform, Yonny pun nampak kesilapan Yoony di atas pentas, mungkin ada sikit-sikit yang Yonny tak dapat nak kutip markah,”

– Yonnyboii

Mengulas mengenai jawapan juri yang mengatakan lagunya tidak menepati kriteria untuk layak ke AJL, Yonny berkata dia mengakui ada kesilapan ketika membuat persembahan ketika di separuh akhir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hiasan Trending Viral | 17

Dakota Johnson Tayang Cincin Tunang

Hannah | 18

Marah dengan Watak Amani, Netizen Paksa Hannah Delisha Tanggal Tudung