in , ,

Yohan TST Top Secret Meninggal Dunia

PENYANYI Korea Selatan Yohan yang juga anggota TST (Top Secret) disahkan meninggal dunia pada usia 28 tahun, semalam.

Bagaimanapun, punca kematian penyanyi terbabit tidak diketahui dan belum didedahkan setakat ini. Acara berkabung buat Yohan dibuat di Hospital Severance, Sinchon dan majlis pengebumiannya akan diadakan di perkuburan Yongin, esok.

Agensi yang mewakili kumpulan itu, KJ Music Entertainment mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan.

“Kami bawa khabar mendukacitakan. Ahli TST, Yohan, meninggal dunia pada 16 Jun.

“Keluarga mendiang amat sedih ketika ini. Kami minta pihak media hentikan penyebaran khabar angin dan spekulasi berhubung punca kematiannya.”

– Agensi

Mendiang membuat kemunculan pertama pada 2015 bersama kumpulan NOM sebelum menyertai TST pada 2017. TST mengeluarkan album ‘Countdown’ pada Januari lalu.

Berita kematian itu ternyata mengejutkan para peminatnya kerana Yohan begitu aktif memuat naik posting di akaun Instagramnya beberapa minggu lalu.
 
Malah Yohan juga baru sahaja menyambut hari kelahirannya pada 14 April lalu.

Yohan TST Top Secret Meninggal Dunia

Gambar terakhir yang dimuat naik oleh Yohan dua minggu lalu di akaun Instagramnya dan kini ruang komen dipenuhi kata-kata sedih daripada peminat di atas pemergian bintang kesayangan mereka.

Peminat juga berkongsi ulang tahun kelahiran mendiang pada 16 April lalu.

Upacara pengebumiannya akan berlangsung di Tanah Perkuburan Taman Katolik Yongin pada 18 Jun ini.

Yohan memulakan karier seninya pada 2015 dan menganggotai NOM. Selepas kumpulan itu dibubar, dia kemudian menyertai kumpulan TST pada 2017.

Kumpulan berkenaan kali terakhir muncul dengan album single berjudul Count Down pada Januari lalu.

TST juga sangat aktif mempromosikan lagu mereka dan berkomunikasi dengan peminat di laman sosial.

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Video Aksi Peragut Sambar Telefon Bimbit Pejalan Kaki

Discover Your Next Korean Bop Through Spotify’s New Playlists