in ,

Yang Menarik Dengan Tema SEKALI DENGAR, MELEKAT! di Konsert GEGAR VAGANZA Ahad Ini

Konsert ‘Gegar Vaganza’ Musim Keempat atau ‘GV4’ di minggu pertama bertemakan ‘Masihkan Kau Ingat’ Ahad membuka tirai dengan persembahan 12 bintang yang memukau. Sebahagian besar daripada mereka terutamanya bintang senior yang berpengalaman luas berjaya memberikan persembahan yang tidak perlu dipertikaikan sehingga mendapat perhatian pihak juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Profesor Datuk Cef Wan.

Apabila Juri Memuji Persembahan Haida di Konsert GEGAR VAGANZA 4

Pada konsert minggu pembukaan itu, Aishah memukau penonton dengan vocal yang cukup mantap meskupun menyanyi secara bersahaja apabila beliau membawakan lagu keramatnya ‘Janji Manismu’ sehingga mendapat ‘standing ovation’ daripada Ibu Hetty sebaik persembahan tamat. Persembahan itu sekali gus meletakkan Aishah di tangga pertama dengan markah keseluruhan 96 peratus. Bintang dari Indonesia, Firman turut menonjol dengan persembahan mantap apabila beliau tampil dengan membuat susunan baru terhadap lagu keramatnya, ‘Kehilangan’. Penghayatannya mendapat pujian juri dan berjaya menduduki tempat kedua dengan markah 91 peratus. Tempat ketiga dengan markah 90 peratus menjadi milik Hazami yang turut mempamerkan vokal cemerlang dengan lagu ‘Mungkir Bahagia’ sekaligus memberi saingan yang cukup sengit kepada peserta lain. Sementara itu, Elyana pula dinobatkan sebagai pemenang ‘Bintang Paling Menyengat’ pada minggu tersebut.

Syura Janji Mahu Cipta Kelainan di Konsert GEGAR VAGANZA 4

Konsert Gegar Vaganza di minggu kedua bakal mengangkat tema ‘Sekali Dengar, Melekat!’ yang mana setiap bintang GV4 diberi cabaran untuk menyanyikan lagu-lagu yang mengingatkan mereka kepada memori pahit manis yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka.

Untuk pusingan ini, Firman bakal menyanyikan lagu ‘Rindu Serindu-Rindunya’ yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Spoon suatu ketika dahulu. Hazami pula dengan lagu ‘Setengah Mati Merindu’ (Judika), Lan Kristal dengan ‘Karam’ (Zabarjad), Tia Jinbara dengan ‘Cenderawasih’ (Kris), Ferhad dengan ‘Harus Terpisah’ (Cakra Khan) dan Aqasha dengan ‘Aku’ (Jamal Abdillah).

SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA Liza Hanim Lalui Saat Sukar Demam & Batuk di Konsert GEGAR VAGANZA

Manakala bintang wanita Aishah pula akan membawakan lagu hits Diva Pop Malaysia, Ziana Zain berjudul ‘Dingin’, Liza Hanim dengan lagu ‘Aku Hanya Pendatang’ (Fransisca Peter), Elyana dengan Masih Cinta (Kotak), Syura dengan ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ (Khadijah Ibrahim), Haida dengan ‘Gubahan Rindu Puisi Syahdu’ (Fauziah Latiff) dan Raja Azura dengan ‘Apa Yang Ku Cari’ (Endang S. Taurina).

Konsert Gegar Vaganza Musim 4 (Minggu Kedua) bakal berlangsung pada 5 November 2017 (Ahad), di Dewan Sri Putra. Yang pasti, seorang atau dua orang akan tersingkir… haa, siapakah? Sama-sama kita saksikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar Drama STESEN, SERUNDING, SAMPAN SERINGGIT

Fattah Amin Rancang Berduet Dengan Penyanyi Korea