in , , ,

Yang Istimewa Tentang Lagu IKHLAS Nyanyian Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah

Buat pertama kalinya dalam sejarah, penyanyi terkenal dari tiga buah negara berbeza – Malaysia, Singapura, Indonesia berkolaborasi dalam sebuah lagu Hari Raya!

Bagi meraikan perayaan Syawal yang akan datang, Universal Music Malaysia telah menyatukan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan dan Taufik Batisah dalam lagu berjudul ‘Ikhlas’.

‘Ikhlas’ merupakan hasil ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna yang diilhamkan oleh tema “Kebersamaan” untuk dibawa pada Hari Raya ini.

Ikhlas

Konsep video muzik ‘Ikhlas’ akan membawa pendengar kembali kepada zaman Rasulullah yang menampilkan keindahan alam dan meraikan keharmonian antara manusia dan sang Pencipta. Ia merupakan aspek Syawal yang mudah dikaitkan dengan pendengar dari ketiga-tiga buah negara.

Lagu dan video muzik ‘Ikhlas’ akan dikeluarkan secara eksklusif di Apple Music pada 31 Mei, hampir dengan hari perayaan Syawal. Ianya boleh didapati di semua platform muzik yang lain pada 7 Jun 2019.

“Saya sangat teruja kerana peminat akhirnya dapat mendengar ‘Ikhlas’,”

“Ia merupakan kerjasama antara tiga buah negara yang bertujuan menonjolkan keindahan Syawal.

‘Ikhlas’ juga sebagai satu peringatan buat kita semua untuk sentiasa berterima kasih di atas segala kurniaan terutama pada bulan yang diberkati ini.”

– Dato ‘Sri Siti Nurhaliza

Penyanyi popular Indonesia, Nissa Sabyan merasakan dirinya amat bertuah dapat merakamkan lagu duet bersama Dato’Sri Siti dan Taufik Batisah. “Saya mengambil peluang untuk merakamkan ‘Ikhlas’ kerana saya menyukai mesej ringkas yang dibawakan dalam lagu ini – ikhlas dalam apa jua yang anda lakukan,” tambah penyanyi berusia 19 tahun itu.

“Sudah pasti amat menakjubkan untuk melihat tiga suara dan personaliti yang berbeza bergabung dalam lagu ini,”

“Walaupun kesemuanya berasal dari negara yang berbeza dan mempunyai budaya yang berbeza, pada akhirnya, kita semua adalah manusia dan mempunyai banyak persamaan lebih daripada yang kita tahu.”

– Taufik Batisah

Lirik Lagu IKHLAS

Artist : Dato’ Sri Siti Nurhaliza (DCT), Nissa Sabyan & Taufik Batisah

Composer : Omar K & Ikhwan Fattana

Lyrics : Ikhwan Fattana

Tajuk : Ikhlas

Verse 1 – Nissa

Sedingin salju

Selembut bayu

Menenangkan hatiku

Verse 2 – Taufiq

Cahaya malam

Terangi alam

Memuji kebesaran

Prechorus – DCT

Saat gembira

Hari bahagia

Nikmat disyukuri bersama

Tabah berdoa

Mohon afwahNya

Moga dirahmati semua

Chorus – Nissa & Taufik

Pelita hati yang terbuka

Sahut kemenangan akhirnya

Setelah ku harungi dugaanNya

Chorus – DCT & Taufik

Ikhlaskan jiwa dan setia

Ku laung namaNya dengan cinta

Bergema keagungan di dunia

Interlude – DCT & Taufik

Verse 3 – Taufiq

Gema suara

Syahdu irama

mewarna suasana

Verse 4 – Nissa

Lautan rindu

Berombak pilu

Membawaku padamu

Prechorus 2 – DCT

Saat gembira

Hari bahagia

Nikmat disyukuri bersama

Prechorus 2 – DCT & Nissa

Tabah berdoa

Mohon afwahNya

Moga dirahmati semua

Chorus – ALL

Pelita hati yang terbuka

Sahut kemenangan akhirnya

Setelah ku harungi dugaanNya

Ikhlaskan jiwa dan setia

Ku laung namaNya dengan cinta

Bergema keagungan di dunia

Bridge – Nissa & Taufik

Ku yakin akan ada hikmah

Di sebalik segala resah

Bridge – DCT & Taufik

Ku besyukur atas nikmatMu Yang Esa

Last Chorus AdLibs:

Nissa – Terbuka

DCT – Kemenangan akhirnya

Taufik – DugaanNya

DCT – Huuu

Nissa – Dengan cinta

DCT & Taufik – Dunia

Last Interlude – All 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minyak Masak Alif Lancar Program Web 10 Episod GORENG ATAU GAGAL

“Sudirman Order 15,000 Kad Raya Untuk Peminat” – Bekas Pengurus