in

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Uptown Puchong Night Bazaar

Baru-baru ini, Budiey bersantai di sebuah uptown atau lebih dikenali sebagai bazar larut malam yang terletak di Puchong. Jauhkan, dari Batu Caves ke Puchong, punyalah nak cari tempat lepak yang tengah ‘in’ sekarang ni. Walhal kat Batu Caves pun ada je uptown. Haa, mesti ada alasan tersendiri mengapa Budiey pilih untuk ke Puchong untuk makan-makan dan hangout kan.

Uptown Puchong Night Bazaar

Diperkenalkan oleh seorang kawan, Uptown Puchong Night Bazaar sebenarnya ada keistimewaan tersendiri. Memang luar biasa sebab tak macam uptown yang kita selalu pergi tu. Ia dibina dalam sebuah bangunan berbumbung, jadi kalau lah kata hujan lebat dan ribut petir tu, tak terjejas sangat sebab keadaan dan suasana masih terkawal dan aman tenteram. Takde kalut nak cari tempat berlindung. Jangan tak tahu, mungkin sebab itulah uptown ini menjadi pilihan di kalangan penduduk dari Shah Alam, Serdang, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO NI: Yang Anda Perlu Tahu Tentang Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar atau nama ringkasnya (UPNB) ini telah diuruskan oleh syarikat Mayfair Assets Sdn. Bhd. dan dengarnya lokasi ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai. Budiey perhatikan, memang ramai yang datang sini sebab dapat membeli belah, makan-makan, berkaraoke dan buat aktiviti sosial yang lain. Pendek kata, kat Uptown Puchong Night Bazaar ni semua ada. Nak dapat apa sahaja, semua ada kat sini.

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar yang diuruskan oleh Mayfair Assets Sdn. Bhd. telah beroperasi selama 3 tahun. Oh dah lama rupanya. Budiey je baru perasan kewujudan uptown ni. Dari temubual dengan beberapa orang yang lalu lalang dan bersantai di sini, mereka senang untuk datang sini sebab suka dengan kemudahan yang disediakan seperti ruang parkir percuma, WIFI percuma, surau, kawalan keselamatan 24 jam serta ratusan kedai dengan pelbagai produk jualan.

Dari sudut yang lain, uptown ini menjadi pusat untuk penjual berniaga dengan selesa dan dengan bayaran sewa yang sangat murah. Sekaligus ia bertujuan menjana ekonomi sekali gus meningkat pendapatan di kalangan usahawan menerusi barangan yang ditawarkan. Dengan suasana yang meriah, cantik dan selesa ia juga berpotensi untuk menjana pendapatan menyebabkan ramai peniaga Melayu mencuba nasib menghidupkan uptown itu yang beroperasi dari pukul 3 petang sehingga 3 pagi.

Wow… sampai jam 3 pagi… maksudnya, kalau korang nak cari barang-barang keperluan di waktu kedai lain tutup, haa, lokasi ni memang jadi alternatif lain. Katakanlah korang nak cari screw driver atau apa sahaja peralatan keperluan di masa terdesak, Budiey rasa kat sini semua ada disediakan. Tak payah nak pergi ke tempat lain lagi dah. Budiey dapat tahu, kadar sewa yang dikenakan sangat murah sebab ianya di bawah RM3,000.

Uptown Puchong Night Bazaar

Terdapat banyak sekali kemudahan disediakan untuk peniaga kat sini. Setiap penyewa contohnya seperti gerai makanan, pihak pengurusan menyediakan kesemua kelengkapan dapur jadi vendor hanya perlu bawa bahan masakan sahaja. Begitu juga dengan sewaan gerai, peniaga diberikan kelengkapan sepenuhnya bagi memudahkan mereka berniaga dengan hanya membawa barang jualan sahaja.

Kepada korang yang berminat untuk berniaga di sini, Budiey nak sarankan ini adalah lokasi yang strategik dan sesuai. Difahamkan terdapat hampir 400 unit ruang kedai di dalam bangunan yang berkeluasan bermula dari 8 x 8 yang boleh disewa dengan harga semurah RM 2000 sebulan.

Dengan bayaran semurah itu, anda disediakan lokasi ruang meniaga dengan kanopi di bahagian luar bangunan Uptown Puchong Night Bazaar yang dipanggil Sepang Walk. Budiey perhatikan kat sini, korang boleh meniaga apa sahaja seperti burger, jagung bakar, pakaian dan sebagainya.

rPakej yang ditawarkan kepada peniaga di Sepang Walk ini juga cukup menarik. Apa yang menarik disini adalah pihak pengurusan juga akan membantu kepada para peniaga di sini dari segi pengiklanan dan promosi.

Pastinya ada sebab kenapa Uptown Puchong Night Bazaar terus menjadi pilihan utama oleh masyarakat sehingga hari ini.

Apatah lagi pada hujung minggu atau musim perayaan, Uptown Puchong sering sesak dengan orang ramai membeli-belah di bazar yang menawarkan pelbagai jenis barangan pada harga murah dengan suasana cukup nyaman.

Pelbagai jenis barangan ditawarkan di sana bermula daripada pakaian termasuk kanak-kanak, barang perhiasan, aksesori kereta, perkakasan rumah sehingga ke salon gunting rambut sekaligus lokasi sesuai untuk membeli-belah seisi keluarga.

Uptown Puchong Night Bazaar

Budiey mencuba makan Shellout yang menjadi menu popular di medan selera. Fuh! Sedap dan sangat murah! Budiey pasti datang lagi ke sini untuk menikmati Shellout bersama keluarga pula.

Menurut Pengurus Acara, Shafiq Mansor, Pengurus Acara Mayfair Assets Sdn. Bh., Uptown Puchong merupakan uptown pertama di negara ini yang berkonsep moden dan tersusun. Kemas je, sejuk mata memandang. Nak membeli belah pun tak rimas sangat. Uptown yang berbumbung dan berhawa dingin lebih memudahkan urusan membeli belah dan bagi memberi kelesaan pengunjung membeli-belah atau menjamu selera tanpa perlu risau dengan keadaaan cuaca.

Katanya lagi, bagi memberi pelbagai pilihan, Uptown Puchong itu memiliki 400 unit kedai di dalam dan 150 unit di luarnya.

“Orang ramai tidak perlu risau jika hendak beli apa jua barang ketika tengah malam. Produk-produk elektrik pun turut dijual di sini. Bagi yang gemar lepak waktu malam, kami juga menyediakan perkhidmatan bilik karaoke selain skrin LCD besar di ruang legar medan selera. Malah setiap bulan, kami juga sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke dan pameran kucing,” katanya.

Soal keselamatan jangan risau dan ragu, malah UPNB mempunyai pasukan pengurusan dan acara ‘In house’ sendiri yang bertanggungjawab untuk penjenamaan dan peningkatan promosi.

Shafiq menambah, bagi peniaga di medan selera, pihaknya telah menyediakan kelengkapan dapur jadi apabila mereka hanya perlu bawa bahan masakan sahaja.

“Lebih menarik lagi, ada ruang untuk disewa bagi sebarang khas dengan harga berpautan seperti kawasan lapang di belakang untuk jualan gedung.

Shafiq juga memberitahu, pengunjung yang hadir ke Uptown Puchong tidak perlu risau kerana bayar parker adalah percuma dan banyak lot tersedia.
Ujarnya, ini menyebabkan suasana tidak menjadi sesak dan terurus malah terdapat pengawal keselamatan yang menjaga lalu lintas.

Sesiapa yang nak anjurkan event seperti ini boleh juga berhubung dengan pihak pengurusan di talian 03-77224372 atau emel sebarang pertanyaan ke [email protected]

Ini Cara Nak Tahu Kasut Original atau Palsu

Budiey sempat mencuri masa untuk jalan-jalan di sekitar Uptown Puchong Night Bazaar dan mendapati ada sebuah kedai kasut yang pernah disinggahi oleh Ratu Rock Ella iaitu KRU WORD SHOES yang terletak di Lot B17 & B18.

Budiey lihat banyak sekali kasut-kasut murah yang bermutu tinggi kat sini dan tertarik hati untuk membelinya. Pengunjung boleh memilih kasut-kasut sukan yang bermula daripada saiz 36 hingga 45 dimana produk hasil buatan China ini sering menjadi tumpuan ramai. Jadi korang yang berminat nak beli kasut berjenama bolehlah singgah ke KRU Shoes World ini. Budiey sendiri memang rambang mata sebab tak tahu nak pilih yang mana satu.

Kat situ, Budiey sempat borak-borak dengan tuan milik kedai ini. Banyak tips dan info Budiey dapat dan timba dari pengalaman beliau. Termasuklah cara nak kenal dan tahu samada kasut tu original ke tak.

Kalau nak tahu, macam-macam koleksi kasut ‘berjenama’ yang berpatutan dan kualitinya terjamin. Budiey suka kasut jenama Adidas, jadi Budiey pun rembatlah satu sebab ia sesuai sangat untuk dipakai semasa menghadiri event yang kasual. Pilihan warna kegemaran adalah biru. Haaa, cantek dan cun!

Uptown Puchong Night Bazaar

Kepada korang yang suka berkaraoke tu, haaa, kat sini juga terdapat pusat karaoke untuk korang melalak dan test power vokal korang. Selepas makan, ronda-ronda cari barang, apa kata korang datang sini untuk berhibur sambil bersantai bersama keluarga.

Selain itu pada ruangan di mana wujudnya lukisan graffiti yang berwarna warni anda boleh menyewa ruang berukuran 8 x 8 pada harga RM5 sehari.

Uptown Puchong Night Bazaar

Dikhabarkan akan dibina kawasan permainan kanak-kanak berbumbung disini. Sambil si ibu membeli belah, anak-anak boleh lah bermain-main disini nanti. Turut disediakan ruang khas yang boleh disewa dengan harga yang cukup berpatutan jika anda ingin mengadakan sebarang acara seperti festival jualan atau jualan gedung.

Menurut mereka, Uptown Puchong Night Bazaar ni adalah bazaar malam terbaik pernah saya kunjungi. Lokasi strategik, kemudahan setanding pusat pusat membeli belah, pilihan produk yang banyak menjadikan bazaar ini sesuai dijadikan pusat sehenti untuk anda sekeluarga.

Uptown Puchong Night Bazaar

LOKASI UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

PT 39303, JALAN PUCHONG,
TAMAN MERANTI JAYA,

47100 PUCHONG, SELANGOR
WAZE/GOOGLE MAPS: UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

WAKTU OPERASI
6 PETANG – 3 PAGI (SETIAP HARI)

TELEFON
03-77224372
03-77251927
016-4449657
016-2019657

EMAIL
[email protected]

LAMAN WEB RASMI
www.uptownpuchong.com

LAMAN FACEBOOK RASMI
www.facebook.com/Uptownpuchong

LAMAN INSTAGRAM RASMI
www.instagram.com/uptownpuchongnightbazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Uptown Puchong Night Bazaar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Syura Tersingkir di Separuh Akhir Gegar Vaganza

Ada Sebab Fattah Amin Tidak Muncul di Program MeleTOP 12 Disember