in , ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Bual Bicara MINGGUAN WANITA

PROGRAM BUAL BICARA ‘MINGGUAN WANITA’ TAMPIL SERBA BAHARU. Bakal dikendalikan oleh barisan selebriti dan personaliti terkenal selaku hos bersama selama lima hari seminggu antara tarikan utama musim kedua

Program Mingguan Wanita ialah sebuah program bual bicara khusus buat golongan wanita terbitan Astro Prima dengan kerjasama strategik bersama pihak Karangkraf menerusi Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. 

Kembali serba baharu untuk musim yang kedua,‘Mingguan Wanita’masih mengekalkan kandungan format asal yang dirangka untuk mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, hal ehwal rumah tangga dan isu-isu kekeluargaan merangkumi kupasan komprehensif mengenai isu-isu semasa berkaitan kesihatan, kecantikan, fesyen, kemanusiaan, gaya hidup, pengembaraan, motivasi dan sebagainya. 

Program Bual Bicara MINGGUAN WANITA

Namun begitu, terdapat pengisian elemen baharu turut diperkenalkan untuk menambah baikkandungan format asal agar kekal relevan untuk tontonan masyarakat masa kini. 

Bagi merancakkan lagi penerbitan musim terbaharu, lima selebriti popular serta tiga personalititerkenal tanah air bakal digandingkan buat pertama kalinya sebagai hos bersamayang akan mengendalikan episod harian secara bergilir-gilirselama lima hari seminggu. 

Siaran langsung‘Mingguan Wanita’ akan berdurasi selama 60 minit sepanjang 155 buah episoddan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 11.00 pagi mulai 8 Julai 2019 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Untuk pilihan yang fleksibel, ‘Mingguan Wanita’ juga turut boleh diakses menerusi aplikasi Astro Godan perkhidmatan ‘on demand’.

Program Bual Bicara MINGGUAN WANITA

“PihakAstro amat berbesar hati meneruskan kerjasama strategik bersama pihak Karangkraf menerusi Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. untuk menerbitkan program televisyen Mingguan Wanita yang sudahpun memasuki musim kedua sejak mula dilancarkan sekitar bulan Jun tahun lalu. 

Seperti yang kita tahu, majalah Mingguan Wanita merupakan majalah wanita paling popular di Malaysia dan sudahpun berada di pasaran sejak 41 tahun yang lalu. Jenama dan legasi majalah tersebut juga cukup kukuh dan terkenal dengan pengisian kandungan yang sangat dekat dengan wanita bersesuaian dengan kelompok sasaran penonton saluran Astro Prima sendiri. 

Kolaborasi dinamik ini membawakan perkongsian kandungan yang diambil daripada majalah Mingguan Wanita untuk diterjemahkan dalam bentuk visual ke platfrom televisyen adalah satu inisiatif yang dilihat mampu memberi impak positif dan manfaat kepada kesemua pihak terutamanya para penonton.

Sementara itu, pemilihan kesemua selebriti dan personaliti terlibat untuk melunaskan tugas sebagai hos bersama pula adalah berdasarkan kepada populariti, kredibiliti serta karekter mereka yang menepati konsep dan penonton sasaran program ini. Kami percaya kesemua mereka mampu mengendalikan program ini dengan sentuhan dan gaya keunikkan mereka yang tersendiri sekaligus memikat hati para penonton untuk terus melekat di kaca televisyen.”

Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima
  1. Lima selebriti popular tanah air yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Mingguan Wanita’ selaku hos bersama ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Sherry Alhadad, Norman Hakim dan Radin Amir (ERA).
  2. Manakala tiga personaliti terkenal dalam bidang masing-masing yang turut diberi mandat yang sama adalah Dato’ Fadzilah Kamsah, Prof. Dr Muhaya dan Imam Muda Ashraf.
  • Kesemua mereka akan digandingkan secara bergilir-gilir pada setiap episodyang bakal membincangkan topik harian berdasarkan tema yang berbeza setiap harisepanjang musim ini bersiaran.
  • Pasangan hos untuksetiap hari Isnin ialah Siti Elizad dan Erra Fazira yang bertemakan topik perbincangan tentang ‘Kesihatan & Kecantikan’. Antara kupasan menarik yang bakal dibawakan ialah berkenaan trend pemakaian bulu mata palsu menggunakan teknik pemanjangan atau ‘extension’, isu ‘body shaming’dan fesyen khusus untuk golongan yang bertubuh gempal (plus size).
  • Manakala pasangan hos untuk setiap hari Selasa pula ialah Siti Elizad dan Radin Amir (ERA)untuk mengendalikan tema ‘Kemasyarakatan & Gaya Hidup’. Antara perbincangan menarik yang bakal diselami ialah mengenai isu ‘Rich Kid Syndrome’serta ‘Suri Rumah VS Wanita Bekerjaya’.
  • Untuk setiap hari Rabu, Siti Elizad dan Sherry Alhadadakan bergandingan untuk mengendalikan tema ‘Makanan & Travelog’yang membincangkan topik berkenaan makanan, minuman dan percutian yang tular di kalangan masyarakat. Contoh perbahasan adalah mengenai budaya melancong tanpa mengenal usia dan sebagainya.
  • Siti Elizad, Erra Fazira & Norman Hakimakan bergilir-gilir mengendalikan topik perbincangan yang bertemakan ‘Cerita Dalam Kain’ pada setiap hari Khamis.Antara topik menarik yang akan diketengahkan termasuklah isu ‘Cinta atau Suka-Suka’, peranan isteri sebagai ketua keluarga dan banyak lagi.
  • Temapada setiap hari Jumaatpula ialah ‘Motivasi, Inspirasi & Kerohanian’dan akan dikendalikan oleh Siti Elizadyang digandingkan secara bergilir-gilir setiap minggu bersama Dato’ Fadzilah Kamsah, Prof. Dr Muhaya dan Imam Muda Ashraf. Antaratopik menarik ialah perbincangan mengenai ‘Membina Hidup Semula Selepas Kehilangan’ dan ‘Jari Ke Neraka’.
  • Seiring dengan perkembangan lanskap perkongsian digital, program ‘Mingguan Wanita’ juga akan diaktifkan menerusi laman media sosial termasuklah di Instagram, Facebook dan Whatsapp Hotlineyang menggalakkan orang ramai untuk berkongsi pengalaman peribadi yang akan turut diketengahkan sewaktu topik perbincangan harian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem UNDERCOVER PUNCH AND GUN Lakonan Aaron Aziz

Filem Prekuel KINGSMAN Umum Judul & Sinopsis