in , ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Immortal Songs Malaysia

Bersiaran selama tujuh episod setiap hari Ahad, bermula 30 Ogos jam 9 malam, Immortal Songs membariskan enam orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda di setiap episod. Jangan lupa untuk menontonnya di TV3!

TV3 memperkenalkan sebuah rancangan nyanyian adaptasi dari Korea Selatan pertama yang menghimpunkan 49 orang selebriti tanah air dalam satu program. Immortal Songs ini akan bertemu penonton bermula pada 30 Ogos 2020.

Immortal Songs Malaysia
Antara selebriti yang terlibat menjayakan Immortal Songs Malaysia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Khairul Anwar Salleh,

“Saya amat teruja menantikan kemunculan program hiburan terbaharu di TV3 ini. Saya juga percaya bahawa penggemar dan peminat program hiburan Korea Selatan juga merasakan keterujaan yang sama dengan kemunculan Immortal Songs, pada hujung bulan ini.

Hal ini kerana, ianya bukan mudah untuk menghasilkan sebuah lagu, apatah lagi untuk menggubah semula ke genre yang lain.

Oleh itu, program ini pastinya akan mencabar kreativiti penghibur-penghibur tempatan kita, khususnya dalam pengolahan muzik demi menghasilkan susunan lagu terbaik mereka.

Saya juga berbesar hati dengan kehadiran Farm Fresh yang diterajui oleh Boss Susu, Encik Azmi selaku penaja utama Immortal Songs Malaysia, serta rakan penaja deodoran Nivea Black & White yang begitu sporting dalam menjayakan program ini.

Bagi pihak kru produksi Immortal Songs, kami berharap agar penonton dirumah dapat memberi sokongan padu dan sertai undian atas talian Immortal Songs di www.xtra.com.my/immortalsongs.“ 

Dato’ Khairul Anwar Salleh,

LAGU LAMA MENYENGAT SEMULA

Memetik kata-kata Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh Sdn Bhd, Encik Azmi Zainal, selaku penaja utama Immortal Songs pula,

“Ianya sebuah penghargaan bagi Farm Fresh untuk bergandingan dengan TV3 dalam menjayakan program Immortal Songs ini. Konsep kesegaran program ini bertepatan dengan tagline kami iaitu ‘Ini barulah susu segar’.

Hal ini kerana, saya percaya bahawa di Malaysia sudah terlalu banyak program hiburan yang mencabar bakat anak muda di program realiti, tetapi konsep sebuah program yang mencabar kreativiti artis tempatan ini amat menarik bagi saya.

Kerana itu juga, Farm Fresh sudi menyajikan susu segar kami kepada mereka sepanjang program ini berlangsung.

Selain itu, kami berasa terpanggil untuk menghadiahkan bekalan susu segar selama enam bulan kepada badan kebajikan pilihan ‘Artis Pilihan Penonton’ yang diundi melalui atas talian di www.xtra.com.my/immortalsongs, kerana semua orang berhak merasakan kesegaran susu sebenar.”

Encik Azmi Zainal
Immortal Songs Malaysia
Antara selebriti yang terlibat menjayakan Immortal Songs Malaysia

Bersiaran selama tujuh episod setiap hari Ahad, bermula 30 Ogos jam 9 malam, Immortal Songs membariskan enam orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda di setiap episod.

Keenam-enam penyanyi tersebut dikehendaki untuk mempersembahkan sebuah lagu pilihan mereka (daripada lagu karyawan lagenda episod tersebut) dengan gubahan lagu berbeza.

Ini bermakna, adalah pilihan mereka untuk menukar genre lagu tujuh lagenda tersebut atau menggubah semula muzik lagu pilihan mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Immortal Songs Malaysia
Antara selebriti yang terlibat menjayakan Immortal Songs Malaysia

Di penghujung setiap persembahan penyanyi tersebut, lapan orang juri akan menilai persembahan mereka mengikut gubahan kegemaran mereka.

Markah penyanyi yang diadili juri secara 100% itu akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain. Pemegang rekod tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai ‘susunan lagu terbaik’, episod tersebut. 

Walau bagaimanapun, para penonton dirumah berpeluang untuk mengundi persembahan pilihan mereka melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs pada bila-bila masa antara 9.00 – 10.30 malam, malam Immortal Songs bersiaran. Farm Fresh akan menghadiahkan enam bulan bekalan susu Farm Fresh kepada badan kebajikan pilihan pemenang artis pilihan penonton.

Para penonton hanya berpeluang untuk mengundi sekali dalam satu episod sahaja. Persembahan Pilihan Penonton ini akan diumumkan pada setiap hari Sabtu, minggu berikutnya melalui laman media sosial TV3 Malaysia.

Program ini dihoskan oleh Ain Edruce di pentas utama, serta Amy Mastura dan Fad Bocey di belakang pentas, manakala Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M. Nasir dan Fauzi Marzuki merupakan karyawan lagenda yang menyertai Immortal Songs ini.

Selain daripada penaja utama, Farm Fresh, Immortal Songs turut mendapat sokongan rakan penaja deodoran Nivea Black & White. Sokongan padu turut diterima daripada rakan digital, xtra.com.my dan Oh! Bulan, serta rakan radio Hot FM.

Adakah anda bersedia untuk melihat kreativiti terunggul penyanyi kegemaran anda? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Immortal Songs, setiap hari Ahad, pada pukul 9 malam bermula 30 Ogos 2020. Siaran ulangan Immortal Songs ini akan ditayangkan di TV9, pada setiap hari Ahad bermula 5 September, pada pukul 9 malam. 

Info-info Immortal Songs, ‘Lagu Lama Menyengat Semula’ akan dikongsikan melalui rakan digital, xtra.com.my dan Oh! Bulan serta rakan radio Hot FM, juga di laman media sosial rasmi TV3 Malaysia dan Senang Terhibur di Facebook, Instagram dan Twitter. Gunakan tanda pagar #ImmortalSongsMY, #Inibarulahsususegar dan #Farmfresh di setiap posting anda bagi menghangatkan lagi perbualan di alam maya.

Immortal Songs Malaysia
Immortal Songs Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jep Sepahtu | 18

Manja Dengan Adik Baru, Telatah Comel Anak Jep Sepahtu Jadi Tumpuan Netizen

Alvin Chong Black | 19

MDEC Lancar #YoungCreators Bantu Belia Tawan Ekonomi Digital