in ,

Yang Anda Patut Tahu Tentang Lakonan Patrick Stewart dalam LOGAN

Berpeluang menemubual pelakon Patrick Stewart di Taipei, Taiwan baru-baru ini memberi gambaran yang cukup jelas tentang watak Charles Xavier yang dibawa dalam filem LOGAN. Dahla usia Charles dah menginjak tua. Malah, dia dah nyanyuk dan seringkali hilang akal.

Rasanya, dah ramai yang telah pun menonton filem ini dan rata-rata pembaca berpendapat filem LOGAN antara yang terbaik dalam siri X-Men.

Tonton Temubual Eksklusif Budiey Bersama Patrict Stewart:

Menurut Patrick Stewart, beliau tidak rasa tercabar untuk membawa watak Professor X atau Charles Xavier di usia yang tua. Senang cerita, agak mudah untuk bawa watak itu. Ini kerana beliau dah lama melakonkan watak itu. Sudah tentu beliau tahu apa yang dimahukan oleh pengarah. Cuma yang menjadi cabaran besar adalah lokasi pengambaran yang mana beliau terpaksa berdepan dengan cuaca yang agak panas.

Patrick juga tidak bersetuju dengan pendapat Budiey yang mengatakan watak ini sangat sweet dan baik sangat. Menurut beliau, semasa permulaan filem X-Men, sememangnya watak Charles nampak wataknya sangat baik, bersemangat jitu tapi watak Charles dalam filem agak berlainan kerana watak yang dipegang sangat merbahaya. Watak Charles kelihatan agak dhaif, pelupa, leman dan tidak menentu keadaannya. Sekejap okay, sekejap tak okay. Sehinggakan nama Logan pun dia tak dapat ingat.

Tentang Daphne Keen pula, Patrick Stewart memuji cara lakonan kanak-kanak yang membawa watak heroin yang utama ini. Dalam banyak-banyak pelakon kanak-kanak yang pernah berlakon dengannya Patrick Stewart merasakan Daphne sangat hebat dan terbaik membawa watak itu.

Tidak perlu dipertikaikan tentang mutu lakonan Patrick Stewart kerana beliau sendiri tak perlu buat homework sebab watak Prof X dah sebati dalam dirinya. Maklumlah dia dah bawa watak ini selama 17 tahun.

Walaupun terpaksa mengumumkan persaraaan dalam membawa watak dalam filem X-Men, Patrict Stewart rasa sangat bangga kerana dapat berlakon dalam francais X-Men. Watak ini sangat berkesan dalam dirinya sehingga beliau merasakan jiwa kepimpinan dan semangat setiakawan ada kekal sebati dalam jiwanya.

Jangan lupa untuk menonton filem ini di pawagam. Puas hati tonton. Walaupun agak meleret, tapi padat dengan aksi serta ia sangat deep dan lain dari apa yang korang tonton sebelum ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Jelajah DFKL 2017 di Johor Bahru Happening Giler

Sweet Aiman Buah Tangan Terbaru Dari Aiman Tino