in , , ,

Kumpulan Metal Legend XPDC Bakal Beraksi di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Kemunculan Kumpulan Metal Legend, Xpdc Pula Bakal Beraksi Di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Pada 9 Februari 2020

Kumpulan lagenda XPDC bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air.  Bakal menghangatkan pentas Sunday Night Live (SNL) di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 9 Februari 2020 jam 10.30 malam. Sehingga kini genaplah 31 tahun usia XPDC di mana telah  ditubuhkan sejak tahun 1989 dianggotai oleh line up asal iaitu Mael, Zuar, Amy dan Jeff. Kumpulan ini bergenrekan muzik heavy metal dan sepanjang pembabitan dalam industri muzik, XPDC telah menghasilkan sebanyak 7 album studio diantaranya, Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, Brutal dan Rasopariso.

XPDC 2020 Hard Rock Cafe

Mendapat sambutan hangat di pasaran antaranya album Kita Peng Yu pada tahun 1994 sebanyak 200,000 unit dan album Brutal pada 1997 sebanyak 350,000 unit. XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelosok tanah air dan mereka sememangnya sinonim dengan gelaran “King of Stage”.

Pada edisi yg ke -4 Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini, XPDC akan membuat persembahan istimewa dalam 2 segmen untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti Hamba Abdi, Ntahapapantah, Penyakit Gatal, Aku Masih Di Sini, Lagu Dari Aku, Titian Perjalanan + Hentian Ini + Aku & Sesuatu – Medley Slow Ballads, Hidup Bersama, Kabus Semalam, Senapang Patah, Raja Kertas, Selendang Merdeka, Talam Dua Muka, Kita Peng Yu dan juga lagu Semangat Yang HilangDengan harga tiket serendah RM100.00 (termasuk satu minuman ringan) fan tegar dapat menonton SNL bersama XPDC ini boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Sunday Night Live adalah platform bagi artis-artis popular dan juga artis baru untuk mengetengahkan bakat mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan dari artis kegemaran mereka secara dekat dan live!

Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muzik tanahair. Untuk sebarang maklumat sila hubungi talian +603-27155555.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Menonton Filem BAD BOYS FOR LIFE

Baggio Damasutra Pertaruhkan Single Terbaharu Berjudul LADUNI CINTA