in , ,

Xiaomi Smart Living Showcase 2025 Tawar Pengalaman Rumah Pintar

Pameran Penuh Teknologi, Tawaran Mega Dan Inspirasi Hidup Moden Yang Mengubah Cara Anda Tinggal

Kalau dulu kita rasa rumah pintar tu cuma trend orang kaya atau hiasan filem sci-fi, sekarang Xiaomi nak buktikan ia bukan lagi fantasi. Dengan Xiaomi Smart Living Showcase 2025 yang sedang berlangsung dari 13 hingga 17 Ogos di Centre Court, Setia City Mall, Xiaomi mengangkat konsep rumah pintar ke satu tahap baharu – bukan sekadar canggih di atas kertas, tapi praktikal, mesra pengguna, dan mampu milik.

Bukan main-main, Budiey yang biasa hadir ke pameran teknologi pun rasa ini antara showcase paling menyeluruh tahun ini. Bayangkan, dari TV skrin besar 4Kmonitor kerja berkualiti tinggirobot pembersih rumah, sampai ke peralatan dapur pintar – semuanya ada. Pendek kata, kalau anda memang berhajat nak upgrade rumah untuk nampak macam ‘smart home’ dalam drama Korea, inilah peluangnya.

Xiaomi Smart Living Showcase 2025 Tawar Pengalaman Rumah Pintar Paling Lengkap

Smart Home Super Combo – Pakej ‘Langkah Sekali Terus Jadi’

Inilah tawaran yang buat ramai ternganga – Smart Home Super Combo. Ia eksklusif di acara ini dan menggabungkan lima peralatan rumah pintar terlaris Xiaomi dengan potongan harga gila-gila – RM7,999 sahajaberbanding harga asal RM13,595. Itu 41% diskaun, bukan sikit-sikit. Tapi hati-hati, stok cuma 3 set sehari (total 15 set sahaja sepanjang acara) – siapa lambat, gigit jari.

Apa yang menarik, setiap item dalam pakej ni memang produk ‘hero’ Xiaomi:

  • Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.0HP Inverter – kawalan suhu bijak dengan penjimatan tenaga kelas A. Sesuai untuk cuaca panas Malaysia yang tak menentu.
  • Mijia Refrigerator Cross Door 510L – peti sejuk besar bergaya moden, cukup luas untuk simpan stok makanan seminggu tanpa rasa sempit.
  • Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg – gabungan mesin basuh & pengering yang jimat ruang dan masa.
  • Xiaomi TV A Pro 65” 2026 – hiburan skrin besar yang jelas dan hidup, sesuai untuk movie marathon.
  • Xiaomi Robot Vacuum X20 Max – pembantu rumah moden yang kerja tanpa merungut.

Bagi Budiey, pakej ini macam shortcut untuk ubah rumah terus jadi smart home penuh, tanpa pening kepala beli satu-satu.

Xiaomi Smart Living Showcase 2025 Tawar Pengalaman Rumah Pintar Paling Lengkap

Cabutan Bertuah “Spend & Win” – Belanja, Menang, Senyum Lebar

Kalau anda memang kaki shopping, cabutan bertuah ini ibarat bonus besar. Hanya perlu belanja RM1,000 dalam satu resit di pameran ini, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,599. Total hadiah? Lebih RM50,000.

Antara yang buat Budiey teruja termasuk Xiaomi Smart Cooking Robot yang boleh bantu masak tanpa anda perlu berpeluh di dapur, dan Xiaomi TV A Pro 65” 2026 yang confirm buat ruang tamu nampak premium. Ada juga jam pintar, fon telinga wayarles, robot vacuum, dan baucar tunai. Ringkasnya, ini peluang untuk bukan sekadar beli barang, tapi balik dengan ‘extra hadiah’.

Xiaomi Smart Living Showcase 2025 Tawar Pengalaman Rumah Pintar Paling Lengkap

Flash Sale Harian – Tawaran ‘Sekejap Je Hilang’

Budiey yakin ini akan jadi tumpuan pengunjung sebab harganya memang tak masuk akal. Flash Sale diadakan tiga kali sehari (12 tengah hari, 4 petang, 8 malam), dengan peranti dan aksesori dijual pada harga yang buat ramai tak percaya mata sendiri.

Bayangkan beli Redmi Buds 4 Lite pada RM9.90 sahaja atau Xiaomi Smart Band 8 pada RM49.90. Kalau lambat, stok licin sekelip mata. Jadi kena ready di lokasi sebelum masa bermula – macam rebut tiket konsert artis popular.

Xiaomi Smart Living Showcase 2025 Tawar Pengalaman Rumah Pintar Paling Lengkap

Promosi Ogos Smart Wearables – Masa Terbaik Untuk ‘Upgrade’ Gaya & Kesihatan

Kalau anda minat jam pintar atau earbud, kempen “Smart Wearables, Smarter Savings” bulan Ogos ini memang untuk anda. Diskaun sehingga RM400 untuk model terpilih.

Contohnya, Xiaomi Watch 2 Pro yang biasanya berharga RM1,199 kini hanya RM799. Xiaomi Smart Band 10 pula boleh dimiliki pada harga RM179, cukup sesuai untuk mereka yang baru nak mula memantau kesihatan harian.

Bagi Budiey, jam pintar ni bukan sekadar aksesori, tapi teman yang boleh ingatkan anda minum air, kawal muzik, tengok notifikasi, dan kira langkah – semua dari pergelangan tangan.

Xiaomi Smart Living Showcase 2025 Tawar Pengalaman Rumah Pintar Paling Lengkap

Kenapa Pameran Ini Penting Untuk Anda Datang Sendiri

Xiaomi bukan sekadar tunjuk produk, mereka buat anda merasai pengalaman penuh – cuba sendiri robot vacuum, uji kualiti skrin TV, lihat bagaimana aircond pintar laras suhu secara automatik, atau dengar sendiri bunyi speaker Bluetooth mereka.

Budiey perasan, trend sekarang bukan lagi tanya “apa produk ni boleh buat?” tapi “macam mana produk ni boleh mudahkan hidup aku?”. Dan di sini, jawapannya semua ada depan mata.

Xiaomi Smart Living Showcase 2025 Tawar Pengalaman Rumah Pintar Paling Lengkap

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, ini bukan sekadar event jualan, tapi platform untuk memahami bagaimana teknologi boleh masuk ke rutin harian tanpa rasa rumit. Xiaomi berjaya gabungkan inovasi, praktikaliti, dan harga yang masuk akal – sesuatu yang ramai jenama lain belum dapat capai.

Kalau anda jenis suka beli barang satu-satu, boleh pilih ikut bajet. Tapi kalau nak ‘all-in’ dan terus rasa vibe rumah masa depan, Smart Home Super Combo tu memang jackpot.

Kalau Budiey yang pilih, Budiey akan mula dengan robot vacuum dan TV besar sebab itu paling ‘impact’ pada kehidupan harian. Tapi kalau bajet tebal, terus ambil semua – biar rumah terus jadi versi 2025 tanpa tunggu-tunggu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kuala Lumpur Fashion Week 2025 Menutup Tirai: Pameran Berani & Kreatif