in , ,

Wow! Samsung Galaxy S24+ Dah Ada Teknologi AI, Ini Pandang Pertama Budiey

Samsung Galaxy S24+ telah pun tiba dan pasti dinanti-nantikan oleh ramai penggemar. Budiey yakin ramai yang sudah membuat pra-pesan untuk model ini, kan? Jadi, sebelum korang mendapatkan model terbaharu ni, apa kata ikuti dulu pandang pertama Budiey setelah buka kotak Samsung Galaxy S24+.

Seusai pelancaran Siri Galaxy S terbaharu dari Samsung, Budiey Channel telah menerima satu unit Samsung Galaxy S24+ yang berwarna Marble Grey untuk direview.

Sebelum Budiey meneroka lebih lanjut tentang apakah peningkatan dan juga kemas kini ciri-ciri dalam siri Samsung S ini, apa kata korang ambillah masa sebentar untuk membaca ulasan ini sampai habis, takkan ambil masa lebih dari lima minit pun! Budiey janji selepas anda membaca ulasan ringkas ini, anda dapat info yang selengkapnya dan terus ke kedai untuk membeli atau buat tempahan online!

Wow! Samsung Galaxy S24+ Dah Ada Teknologi AI, Ini Pandang Pertama Budiey

Persaingan sengit dalam dunia telefon pintar terus berlanjutan untuk tahun 2024. Samsung, sebagai salah satu peneraju dalam industri, kini memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Samsung Galaxy S24 Plus.

Pada 18 Januari yang lalu, Samsung melancarkan siri Galaxy S24 sebagai Galaxy AI, yang merupakan keunggulan untuk peranti unggul kali ini. Dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang terbina, Samsung mengambil langkah berani dalam memanfaatkan fungsi AI untuk menjadikan kehidupan harian lebih mudah.

Wow! Samsung Galaxy S24+ Dah Ada Teknologi AI, Ini Pandang Pertama Budiey

Apa yang Budiey rasa semasa memegang peranti ini, Budiey rasa lebih ringan berbanding siri terdahulu.

Sebelum Budiey buka kotak, nah ini speks yang penting korang kena tahu tentang Galaxy S24+

Spesifikasi Samsung Galaxy S24+

  • Pemproses: Exynos 2200
  • Paparan: 6.7″ QHD+, 3120 x 1440 piksel, DynamicAMOLED 2X
  • Kamera Belakang: 50MP OIS (Wide), 10MP OIS (Tele), 12MP (Ultra Wide)
  • Kamera Hadapan: 12MP AF
  • Bateri: 4,900 mAh
  • Memori (Storage) : 12 GB + 256 / 512 GB
  • Berat: 197g

Untuk tahun ini, reka bentuk luaran Galaxy S24+ tidak mengalami sebarang perubahan yang ketara sangat. Akan tetapi, setelah melihat betul-betul, Budiey perhatikan terdapat satu perubahan yang ketara yang membuatnya menarik, iaitu bahan yang digunakan untuk membuat model baru ini. Budiey diberitahu, Siri Galaxy S24 ni yang pertama dalam siri Galaxy S yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Samsung buat macam ni sebab nak guna bahan kitar semula lebih banyak.

Reka Bentuknya Lebih Ringan & Nipis

Bila Budiey lihat buat pertama kali, Budiey mungkin fikir peranti ini tak dapat memenuhi jangkaan pengguna sebab telefon bimbit yang keluar pada tahun ini sangat banyak ya. Namun, sangkaan Budiey meleset setelah saat mulai Budiey buka kotak Galaxy S24+, Budiey dapati reka bentuknya sangat mewah dan menawan! Samsung terus menggunakan reka bentuk yang cantik, dengan bezel nipis dan bahan premium yang kuat.

Samsung kekal dengan pendekatan reka bentuk yang elegan, dengan bezel nipis, dan bahan premium yang memberikan sentuhan kukuh. Walaupun sudah biasa, reka bentuk ini tetap menarik perhatian dan memberikan rasa selesa apabila dipegang.

Siri Galaxy S24 menggunakan reka bentuk dengan keluli kitar semula dan Thermoplastic Polyurethane (TPU). Patutlah semasa Budiey memegang telefon Galaxy S24+ keseluruhannya lebih ringan. Ini menjadikan ianya lebih mudah dan selesa untuk digunakan. Walaupun lebih ringan, bahan yang digunakan lebih kuat dan boleh melindungi telefon pintar anda.

Bezel Galaxy S24+ lebih nipis dan ada paparan 6.7 inci, sama seperti Galaxy S24 Ultra. Ini adalah peningkatan besar bagi paparan skrin kerana sebelum ini ada rungutan tentang perbezaan skrin untuk siri sebelum ini. 

Baterinya juga ditingkatkan, dengan Galaxy S24+ menawarkan bateri sebesar 4,900mAH dan pengecasan berwayar 45W yang pantas.

Wow! Samsung Galaxy S24+ Dah Ada Teknologi AI, Ini Pandang Pertama Budiey

Seperti dijangka tiada perubahan drastik dalam pembungkusan telefon ini berbanding siri sebelumnya. Setelah Budiey buka kotaknya, terus ternampak sosok rupa elegan Galaxy S24+ warna Marble Grey. Samsung tak hanya bagi telefon pintar, tapi juga disediakan juga kad jaminan dan buku panduan. Tak lupa juga pin pelepas SIM dalam bentuk pletrum kecil. Bodi Galaxy S24+ guna bahan Armour Aluminium seperti sebelum ini. Telefon ni juga pakai Gorilla Glass Victus 2, sama macam Galaxy S23+. Nampak sangat tegap dan teguh! 

Di sudut kanan telefon, ada butang kuasa dan kelantangan suara. Kat bahagian bawah, ada port USB-C, speaker, dan laci SIM. Galaxy S24+ ada tiga kamera belakang: utama 50MP (f/1.8), ultra lebar 12MP (f/2.2), dan telefoto 10MP (f/2.4). Kamera hadapan 12MP (f/2.2). Tak banyak beza dengan Galaxy S23 sebenarnya. 

Wow! Samsung Galaxy S24+ Dah Ada Teknologi AI, Ini Pandang Pertama Budiey

Ianya dilengkapi dengan pemproses Exynos 2400 yang sama seperti Galaxy S24 yang lebih kecil.

Saiz skrin Galaxy S24+ berukuran 6.7 inci dengan skrin Dynamic AMOLED 2X dan kadar segar semula 1-120Hz. Ia memiliki resolusi skrin QHD+, manakala model standard hanya Full HD+. Galaxy S24+ lebih besar dan berat berbanding Galaxy S24, dengan saiz 75.9 x 158.5 x 7.7 mm dan berat 197 gram. Terdapat beberapa pilihan warna termasuk Amber Yellow, Marble Grey, Onyx Black, dan Cobalt Violet.

Satu perkara yang menarik Budiey dengan pengeluaran tahun ini ialah penggunaan skrin yang sama untuk model S24 dan S24+, menjadikan pengalaman skrin seragam dan sama pada ketiga-tiga peranti tersebut. Ini adalah perubahan positif berbanding tahun sebelumnya di mana panel S24 dan S24+ tidak menggunakan jenis LTPO. 

Wow! Samsung Galaxy S24+ Dah Ada Teknologi AI, Ini Pandang Pertama Budiey

Butang untuk hidupkan telefon dan kawalan bunyi diletakkan di sebelah kanan peranti. Kawasan untuk speaker, tempat sim kad, dan port cas USB-C masih berada di bahagian bawah peranti. Anda boleh gunakan dua sim kad nano tetapi tiada sokongan untuk kad memori mikroSD kerana Samsung telah menghentikannya, dan tiada lagi sokongan untuk jack audio 3.5mm. Badan peranti memenuhi standard tahan air dan habuk IP68, yang sepatutnya menjadi standard untuk semua telefon moden.

Satu lagi perkara penting untuk telefon pintar ialah kualiti kamera. Kalau ditanya pendapat Budiey, walaupun tidak banyak peningkatan dalam spesifikasi, saiz kamera agak besar. Jadi, Budiey nak sarankan supaya korang menggunakan keselamatan tambahan untuk elak tercalar. 

Apa yang membuat Galaxy S24+ menonjol tahun ini ialah ciri Galaxy AI-nya yang Budiey rasa akan buat ramai terkejut dengan kebolehan dan keupayaan teknologi ini untuk membantu pengguna selesaikan kerja. 

Wow! Samsung Galaxy S24+ Dah Ada Teknologi AI, Ini Pandang Pertama Budiey

Bagi pengguna yang suka ambil dan edit gambar, ia mungkin menjadi penyelesaian kerana Galaxy AI boleh lakukan banyak perkara itu tanpa perlu menggunakan alat edit lain.

Sebagai contoh, dengan Edit Suggestion yang ada, korang boleh hilangkan bayangan atau objek yang korang tak mahu ada dalam gambar tanpa masalah. Selain itu, korang juga boleh gunakan fungsi lain seperti potong dan tampal tanpa perlu muat turun aplikasi tambahan. 

Dari pandangan awal, nampaknya Galaxy S24 mungkin antara telefon pintar AI terbaik di pasaran sekarang. Budiey pun dah tak sabar nak cuba sendiri sebelum kongsi pandangan yang lebih terperinci. 

Wow! Samsung Galaxy S24+ Dah Ada Teknologi AI, Ini Pandang Pertama Budiey

Sekarang, Samsung Malaysia dan penjual sah telah membuka tempahan awal untuk ketiga-tiga varian Samsung Galaxy S24 Series. Untuk model Galaxy S24 Plus, harganya bermula dari RM4,899 (untuk 256GB) dan RM5,399 (untuk 512GB).

Bagi penggemar telefon pintar, Galaxy S24 Plus adalah pilihan yang hebat. Ia tidak hanya besar dalam saiz, tetapi juga hebat dalam prestasi dan ciri-cirinya.

Jangan lepaskan ulasan lengkap dari BUDIEY CHANNEL yang akan datang, terutamanya mengenai ciri-ciri Galaxy AI dalam Galaxy S24 Series ini.

Diharapkan korang bersabar untuk menantikan ulasan penuh dari Budiey. 

Kepada korang yang nak mendapatkan korang boleh mengunjungi Samsung Store berdekatan dengan anda atau pun nak beli secara dalam talian pun boleh, KLIK SINI!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NIKKI PALIKAT GEGAR VAGANZA 2021

Dari Pesakit, Nikki Kini Kekasih Pengamal Perubatan Alternatif

NOH SALLEH

Noh Salleh Dedah Nama Penuh Musa Buat Netizen Rasa Tidak Senang