in ,

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

PELANCARAN WINGS MOTOR GANG SOCIETY

TARIKH : 13 JANUARI 2018
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : TADOM HILL RESORT, BUKIT TADOM, BANTING, SELANGOR

Wings Motor Gang Society (WMGS) buat julung kalinya telah mengadakan majlis pelancaran yang akan dirasmikan oleh Encik Fazly Faizal Bin Mohamed Razally, Ahli Majlis Daerah Kuala Langat dan diadakan di Tadom Hill Resort, Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor Darul Ehsan pada 13 Januari 2018.

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

WMGS merupakan sebuah kelab motor berkuasa besar yang dianggotai sepenuhnya oleh ahli-ahli Bumiputera yang mendokong tiga perkara utama iaitu “Silaturrahim, Ekonomi dan Kebajikan”.

Penubuhan WMGS bermotif untuk menaikkan martabat Bumiputera selaras dengan moto WMGS iaitu “RIDE & RESPECT” iaitu antara lain bertujuan menanamkan nilai-nilai positif dan kesedaran kepada ahli-ahli WMGS sebagai Bumiputera yang cinta kepada perdamaian, persaudaraan serta menjalin tali silaturrahim antara komuniti dan masyarakat selain terlibat dalam aktiviti kebajikan.

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

Tunjang utama WMGS adalah Dato’ Ahmad Azhar Othman iaitu satu nama yang tidak asing dalam arena permotoran atau lebih dikenali lagi sebagai Dato’ Awie iaitu penyanyi utama kumpulan Wings. Sehingga kini, terdapat seramai 100 orang ahli WMGS yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur dari seluruh pelusuk Malaysia dan tidak terkecuali dari negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Singapura.

Ilham penubuhan WMGS tercetus semasa berlangsungnya siri jelajah Konsert 30 Tahun Wings dan telah ditubuhkan secara sah di bawah Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 6 September 2016.

Semenjak penubuhan itu, WMGS sentiasa aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti “Bikes Week” di dalam dan luar negara, menyalurkan sumbangan ke rumah-rumah kebajikan, mengadakan program berbuka puasa serta kutipan sumbangan dan derma untuk mereka yang memerlukan.

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

WMGS membuka keahlian kepada Bumiputera yang berminat dalam bidang permotoran serta mempunyai motosikal berkuasa tinggi iaitu 700 cc dan ke atas serta tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh WMGS. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM550.00 merangkumi yuran tahunan pertama serta “Colors” dan “Vest”.

Yuran tahunan untuk ahli adalah sebanyak RM180.00. Pendaftaran boleh dikemukakan dengan melengkapkan borang keahlian yang disediakan dengan syarat perlu diperkenalkan oleh seseorang yang berjawatan dalam WMGS.

Pelbagai keistimewaan bakal diperolehi oleh ahli WMGS antaranya kad keahlian, bantuan kewangan, bantuan kerosakan motosikal, diskaun alat ganti motosikal dan beberapa lagi faedah yang bakal menyusul kelak.

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

Lawati laman sosial rasmi WMGS seperti di bawah :

Wings Motor Gang Society
@wingsmotorgangsociety

“RIDE & RESPECT”

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

Wings Lancar Wings Motor Gang Society

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick Hadiah Ibu Kereta Mewah Sempena Hari Lahir

Diana Danielle Hadir Ke Mahkamah, Farid Kamil Rindu Anak-Anak