in

Westlife Fan Gathering Sempena Konsert Tour Gravity

PERJUMPAAN PARA PEMINAT WESTLIFE SEMPENA KONSERT TOUR GRAVITY OCTOBER 7

Mereka menghiburkan anda dengan lagu-lagu sensasi seperti Swear It Again, Flying Without Wings, If I Let You Go, Uptown Girl, I Have A Dream dan banyak lagi. Kini WESTLIFE kembali dengan ketrampilan yang lebih hebat ke Malaysia pada Oktober 7, 2011 untuk membuat persembahan konsert khas untuk para peminat Malaysia mereka di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil pada 8.30 malam sebagai salah WESTLIFE LIVE IN KUALA LUMPUR:GRAVITY TOUR 2011.

Pertama kali mereka melakukan jelajah promosi ialah pada June 1999 yang mana Malaysia merupakan negara pertama mengalu-alukan kedatangan mereka. Mereka kembali ke Malaysia buat kali kedua pada November 1999 yang mana album pertama mereka berjaya meraih tahap penjualan 260,000 unit. Konsert sulung mereka di Arena Of Stars Genting menyaksikan persembahan mereka disaksikan oleh dewan yang dipenuhi oleh peminat-peminat setia mereka. Untuk album kedua mereka berbekalkan lagu hit UPTOWN GIRL menyaksikan album tersebut terjual 240,000 units. Mereka hadir ke Malaysia sekali lagi untuk mengadakan Konsert di Stadium Nasional pada 26 Mei,2001.

Pada tahun 2002 untuk album ke empat mereka, WESTLIFE telah memilih Malaysia sebagai lokasi negara Asia pertama untuk pelancaran album GREATEST HITS mereka.Pelancaran gilang gemilang albu GREATEST HITS mereka adalah dengan persembahan mini konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan bertemakan Westlife Showcase & Soccer Extravaganza” yanag mana selain menyanyi mereka telah bermain bolasepak dengan pilihan Artis Rockers Malaysia yang mana Seleksi WESTLIFE menang 6-1. Sejak dari hari tersebut WESTLIFE tidak berkunjung lagi ke Asia dan menjelang October 7 akan datandating peminat setia WESTLIFE berpeluang menyaksikan idola superstar mereka membuat persembahan secara LIVE di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil

Sempena kedatangan WESTLIFE, penganjur JS Concert Productions akan mengadakan perjumpaan para peminat WESTLIFE yang mana para peminat boleh berkunjung untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa daripada tiket konsert kepada pelua ng bertemu WESTLIFE secara bersemuka. Perjumpaan ini akan diadakan di Tropicana City Mall, Damansara pada Ahad 25hb September 2011 dari 2ptg hingga 5 ptg.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.facebook.com/JSConcertProductions untuk maklumat lebih terperinci.

Bagi mereka yang belum dapatkan tiket ke Konsert WESTLIFE layari dan tempah melalui online di sesawang web www.ticketpro.com.my & www.airasiaredtix.com. Tiket berharga RM358, RM258,RM158, RM98 boleh juga dibeli dimana-mana gedung muzik Rock Corner, Victoria Music dan Guitar Store. Tiket Premium bernilai RM 558 akan disertakan koktel percuma sebelum persembahan.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ticket Hotline : +603-78807999 (Ticketpro) / +603 – 8775 4666 (AirAsiaRedTix) dibawa khas untuk anda JS Concert Productionsdegan kerjasama Midas Promotions.

Westlife

Programme for WESTLIFE Fan Gathering.

Day : Sunday.
Date : 25th Sept 2011.
Time : 12.00 pm till 5.00 pm
Venue : Tropicana City Mall.

12.30 – 2..30 pm MC Introduce Event (air concert video)
(same time do auditions for final;10 from the 20 shortlisted)
2.30 – 2.45 Speech and intro by JS Concerts / Sony Music / Tropicana City Mall Rep
2.45- 3.00 Video Presentation of WESTLIFE
3.00- 3.15 pm Flash mob Singing.(play karaoke Video)
If I Let You Go
Swear It Again
– Everyone will sing Westlife songs together.

3.15pm – 3.25pm announce finalists for
Design (top 5 likes will ente4 final round/other 15 be chosen)
Call out singing video posts finalists (20 contestants)
3.30 pm – 4.30 pm SINGING CONTEST (10 finalist)
4.30 pm – 4.35 pm Announce Banner Contest Winners and Prize Giving
4.35 pm – 4.45 pm Announce of Singing Contest winners
4.45 – 4.50 pm Sing together for the last time before we end up this fan gathering.
4.50 – 5.00pm End. But Video Wall will play WESTLIFE LIVE video till 5pm

Westlife

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hantu Bonceng Catat Kutipan RM 8.35 Juta

Gambar Cabin Star Cruse Libra