in , ,

Pernikahan Meriah Zara Salim Davidson & Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin

Tahniah untuk DYMM Sultan Perak sekeluarga kerana akhirnya Raja Muda yang disayangi sekalian rakyat Perak YM Raja Dr Nazrin akhirnya menemui permaisurinya Zara Salim Davidson dan akan dinikahkan pada hari ini di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar .

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan upacara akad nikad bermula kira-kira jam 9.45 pagi, diikuti istiadat menyarung cincin yang dijangka berakhir jam 10.30 pagi.

Zara Salim Davidson mempersembahkan 11 pahar bingkisan perak dengan kemasan emas beralaskan baldu kuning dihiasi dengan ros putih kepada Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin pada istiadat Akad Nikah DiRaja di Balai Istiadat, Istana Iskandariah, Bukit Chandan.

503214793 7Eba7547E8 O | 4
503175374 A31C1Aadd3 O | 5

Bingkisan itu terdiri daripada tepak sirih perak kemasan emas, sirih junjung berjenjang lima, senaskhah Al-Quran, sejadah dan tasbih, sepasang persalinan berwarna firuz serta sampin tenunan Terengganu berwarna firuz dan ungu merah, satu set butang Baju Melayu perak bertatahkan permata biru kehijauan, dua helai kain batik sutera, seutas jam tangan, halwa berbentuk bunga mawar serta wajik, kek dua tingkat serta sebekas bunga rampai. Zara sah menjadi isteri Raja Dr Nazrin tepat 11 pagi selepas baginda melafazkan akad nikah dengan sekali  sahaja di hadapan ayahanda dan bondanya, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, serta 300 hadirin.

503214733 007F389Ae9 O | 6
503175258 55Fa164Ec9 O | 7

Istiadat Akad Nikah DiRaja itu disempurnakan oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria. Istiadat Pelantikan dan Perisytiharan Gelaran Raja Puan Besar Perak ke atas Zara diadakan esok manakala istiadat Persandingan DiRaja dan Santapan DiRaja pula bakal berlangsung Sabtu ini. 

503175180 A789825Ff2 O | 8

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin mengurniakan sembilan pahar Bingkisan Diraja bersadur emas dan beralas baldu kuning kepada Zara Salim Davidson pada a istiadat Akad Nikah DiRaja di Balai Istiadat, Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Bingkisan itu terdiri daripada tepak sirih berkerawang emas, sirih junjung tiga tingkat,  satu set perhiasan diri merangkumi tiara, rantai, kerongsang dan anting-anting serta bunga rampai dalam lima bekas lilin berbunga kristal. 

503175102 159C533781 O | 9
503175368 1A31E820E4 O | 10

Walaupun istiadat itu diadakan secara sederhana dan ringkas di Balai Istiadat , ia dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja. Istiadat pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat.

503175046 6566B1D440 O | 11
503214201 64A0A6Fb60 O | 12

Zara sah menjadi isteri Raja Dr Nazrin tepat 11 pagi selepas baginda melafazkan akad nikah dengan sekali  sahaja di hadapan ayahanda dan bondanya, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, serta 300  hadirin.

Istiadat Akad Nikah DiRaja itu disempurnakan oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria. Istiadat Pelantikan dan Perisytiharan Gelaran Raja Puan Besar Perak ke atas Zara diadakan esok manakala istiadat Persandingan DiRaja dan Santapan DiRaja pula bakal berlangsung Sabtu ini. 

kredit: Bernama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hiasan Trending Viral | 41

Gambar Perkahwinan Diraja Zara Salim Davidson

Hiasan Trending Viral | 42

Foto Wedding Zara Salim Davidson dengan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah