in

Wedding Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz

Hari ini merupakan hari bersejarah buat pelakon Sharifah Shahora setelah hubungan cintanya selama enam tahun bersama jurugambar Raja Mukhriz akhirnya akan terjalin dengan ikatan perkahwinan dan ia pasti menjadi detik paling indah buat pasangan ini.

2960193867 92Ec62D513 O | 4

”Sebenarnya, dah lama kami merancang untuk berkahwin tetapi sayangnya kami masing-masing sibuk. Jika saya `ok’ tetapi Mukhriz pula sibuk dengan lokasi dan begitulah sebaliknya. Tapi kali ini, kami bertekad untuk meneruskan perkahwinan kami dengan mengosongkan tarikh dari sebarang kerja. Itu pun semuanya berjalan dalam dua minggu sahaja,” jelas Shahora dengan nada gembira ketika di hubungi baru-baru ini.

Menurut Shahora, pada tanggal 26 Oktober ini akan diadakan majlis pernikahan yang sederhana sahaja dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga serta saudara terdekat sahaja. Sementara itu, majlis persandingan pula masih belum ditetapkan kerana mereka masih sibuk dengan karier masing-masing. Bagaimanapun mereka tetap akan mencari tarikh yang sesuai untuk majlis persandingan kelak.

“Sebenarnya, antara kami ni banyak perbezaannya juga. Iyalah, saya ni agak bising dan kecoh orangnya tetapi Mukhriz tu pula pendiam kalau orang tak kenal dia. Tapi sudah namanya jodoh, mungkin itulah sebabnya kami masih bertahan hingga ke hari ini,” kata Shahora ketika mengimbau kembali detik perkenalan mereka sehingga mampu bertahan hingga enam tahun lamanya.

Tambah Sahora, mereka mula berkenalan ketika menjalani penggambaran drama `Lain Padang Lain Belalang’ di Parit Perak kira-kira enam tahun lalu. Ketika itu, Mukhriz baru terlibat dalam pembikinan drama kerana sebelum ini dia banyak terlibat dalam penggambaran komersial.

“Masa penggambaran tu, Shila Rusly dan ramai krew-krew di situ selalu mengusik saya dengannya. Hinggakan, ada krew sanggup berlakon dengan memberikan hadiah kepadanya yang kononnya itu saya yang beri. Tapi waktu tu, saya tak fikirkan apa-apa, sebab ingatkan sekadar suka-suka saja.

“Suatu hari, saya cuba ‘sms’ dia dengan satu perkataan sahaja iaitu `hai’. Niat masa tu saja nak kacau, tetapi tak sangka pula dia tahu yang ‘sms’ itu datangnya dari saya. Waktu itu, saya rasa malu sangat sebab dia dapat tahu, itu adalah saya. Lepas tu, tiba-tiba jer saya rasa segan nak berdepan dengannya. Tapi tak sangka pula, waktu nak balik ke Kuala Lumpur dia nak tumpang saya kerana kononnya dia tak bawa kereta.

“Masa perjalanan itu kami banyak berbual. Bayangkan, dari Parit ke Kuala Lumpur yang memakan masa selama 3 jam perjalanan tetapi berlarutan hingga 6 jam. Dari tengah hari hingga ke malam baru sampai ke Kuala Lumpur. Semuanya sebab kami banyak berhenti makan dan minum sepanjang perjalanan tu.

“Bila balik ke KL dia telefon saya lagi dan mengaku yang dia dah ada kekasih waktu tu. Saya `ok’ ajelah dan beberapa bulan kemudian, dia telefon balik dan menyatakan ada masalah dengan kekasihnya. Sebagai kawan, saya sekadar memberi nasihat dan tak sangka kemudian kami jadi rapat hinggalah akhirnya bercinta dan bakal bergelar suami isteri,” ujar Shahora.

Bertunang setengah jam baru nikah

Menyentuh tentang hari bahagianya itu nanti, kata Shahora setengah jam sebelum majlis pernikahan bermula mereka akan melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu. Jelas Shahora, majlis pertunangannya itu akan diadakan secara ringkas sahaja dan hanya untuk memenuhi adat.

Bertanyakan tentang barang hantaran pula, Shahora memberitahu pihak lelaki akan membawa tujuh dulang dan kemudian berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan. Soal wang hantaran pula, Shahora yang pada mulanya mahu merahsiakan hal itu akhirnya akur dan memberitahu yang dia mengambil tarikh lahir sebagai angka wang hantaran.

“Saya tak minta banyak kerana saya tahu kemampuan bakal suami saya. Lagipun, dia dah banyak buat persediaan dalam perkahwinan kami termasuklah rumah dan segala kelengkapan rumah untuk kami duduki selepas kahwin nanti. Alhamdulillah, bagi saya itu pun dah mencukupi,” kata Shahora.

sumber: Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dafi di Fiesta Aidilfitri 2008

Uji Bakat Pemuzik Orkestra Simfoni Remaja