in , , ,

Watak Lasak Elizabeth Tan Dalam GADIS VROOM VROOM Terbitan Skop Production

Penyanyi dan pelakon cantik Elizabeth Tan yang selesa dipanggil Lizzy bakal muncul sebagai watak utama dalam telefilem menonjolkan kisah cinta gadis litar diberi tajuk “Gadis Vroom Vroom” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 10 Julai ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2.

Menerusi telefilem diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd ini, kemampuan Lizzy diuji dengan kebolehannya membawakan watak Sarah, gadis yang lasak dan memerlukannya beraksi di litar sebagai pelumba kereta profesional.

Bergandingan dengan watak utama lelaki dikenali sebagai Ray lakonan Dazrin Kamaruddin, Lizzie menjelmakan dirinya sebagai watak Sarah yang tanpa sengaja ditawarkan menyertai pasukan Ray Racing Academy.

Elizabeth dan Dazrin... watak pelumba kereta

Situasi itu berlaku selepas Ray, seorang bekas pelumba profesional secara tidak sengaja melihat cara pemanduannya yang ketika itu sedang dalam kecewa kerana putus tunang. 

Konflik bermula selepas Sarah menyertai pasukan tersebut dimana pelbagai syarikat berminat untuk memberi penajaan. Namun pada masa sama Sarah terpaksa berhadapan dengan perasaan cemburu Lisa lakonan Nazeera Sardi yang merupakan rakan sepasukan dan juga tunang kepada Ray.

Lalu siapakah yang menjadi pilihan hati Ray? Bagaimana Sarah berdepan dengn situasi tersebut dan apakah tindakan yang diambil dirinya untuk tidak mengecewakan hati orang disekelilingnya?  Telefilem ini turut dibintangi oleh Mustaqim Bahadon, Wanna Ali, Amai Kamaruddin dan ramai lagi. 

Elizabeth Tan beraksi sebagai pelumba kereta

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Dazrin dan Nazeera ... watak utama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Cabaran Manusia Hidup Di Gunung Salji dalam ICE TOWN: LIFE ON THE EDGE

Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid Lancar JUMPSTART JULY