in

Warner Music Malaysia Anjur WARNER MUSIC MALL TOUR 2017

Warner Music Malaysia bakal menampilkan lapan orang artist iaitu Aziz Harun, Nastia, Payslip, Cassidy, Bella Nazari, Dewi Seriestha, Tysha Tiar dan Andi Bernadee pada September dan October ini bagi ‘Warner Music Mall Tour’ 2017. Artis-artis berkenaan bakal menggegarkan MYDIN USJ, Subang Jaya pada hari Ahad 17 September 2017, bagi lokasi pertama mall tour tersebut.

WARNER MUSIC MALL TOUR 2017

Bagi warga lembah Klang, marilah beramai-ramai turun ke MYDIN USJ Subang Jaya bagi memeriahkan lagi majlis ini. Bukan sahaja persembahan yang akan diadakan malah mereka juga berpeluang untuk sesi ‘meet & greet’ bersama para artis kegemaran atau pilihan masing-masing di setiap lokasi.

Jadi anda di luar sana jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dan menyaksikan persembahan mereka mulai jam 3 petang pada Ahad ini bersamaan 17 September 2017!

Lokasi Mall Tour Warner Music akan bermula pada:

17 September 2017 – MYDIN USJ, SUBANG JAYA
23 September 2017 – GM KLANG, KLANG
24 September 2017 – SB MALL, (SUNGAI BULOH MALL) 7 October 2017 – IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pencarian Ayah Kandung Oleh Syafie Naswip dalam Telemovie USUNG PUTIH

Drama TITIAN CINTA Gandingan Pertama Zul Ariffin & Farah Nabilah