in ,

Warga Indonesia Buat ‘Panic Buying’, Serbu Susu Viral Didakwa Boleh Cegah Covid-19

Media sosial memang tak disangkal lagi mampu memberi pengaruh yang sangat besar kepada kebanyakan individu. Tambahan pula, kini ramai yang bergantung kepada platform atas talian, maka memang mudah lah segala rumors atau berita dapat disampaikan.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah mengumumkan pelaksanaan perintah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) di seluruh pulau Jawa dan Bali mulai 3 Julai yang lalu.

Berikutan pelaksanaan perintah darurat ini, ramai rakyat di negara itu mula melakukan panic buying dan terpedaya dengan dakwaan palsu dimana sebuah jenama susu mampu mencegah jangkitan virus Covid-19.

Menerusi perkongsian di TikTok @dewidisini1, orang ramai berpusu-pusu untuk membeli susu tersebut sebaik sahaja produk tersebut restock.

Malah, pekerjanya sehingga terpaksa melarikan diri terlebih dahulu kerana risau diserbu oleh para pelanggan.

@dewidisini1

♬ suara asli – Dean

Beli Dalam Kuantiti Yang Cukup Banyak

Situasi di situ memang jelas kelihatan sangat huru-hara sehingga ada beberapa tin minuman susu tersebut dan sebuah troli terjatuh ke lantai.

Berkemungkinan terlalu percaya dengan berita palsu itu, masing-masing tidak beralah mengambil susu tersebut dalam kuantiti yang cukup banyak.

SUSU VIRAL

Khasiat Susu Viral Ini Sama Sahaja Seperti Susu Lain

Disebalik rumors mengenai keberkesanan susu tersebut mencegah jangkitan virus Covid-19, sebenarnya khasiatnya adalah sama sahaja seperti susu lain yang boleh didapati di pasaran.

Sehingga ke hari ini, masih tiada lagi kajian yang mengatakan mana-mana makanan atau minuman mampu mencegah jangkitan penyakit berjangkit ini selain daripada bantuan suntikan vaksin Covid-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar Berjaya Kenakan Ruffedge dalam I Can See Your Voice Malaysia Musim 4

HUAWEI Lancar nova 8i Bersama Tablet, Monitor, Jam Pintar & Fon Telinga Terbaru