in , ,

Wardrobe Persembahkan ‘Acme Society’ di Mercedes Benz Fashion Week 2022

Koleksi ini bakal mengenengahkan puncak kematangan lantas mengabadikan elemen fesyen terkini dalam kehidupan seharian sebuah masyarakat yang bergaya dan pelbagai

Wardrobe, sebuah jenama busana lelaki premium tempatan, hari ini mengumumkan bahawa ia bakal mempersembahkan epilog dari siri trilogi koleksi fesyen mereka yang dinamakan ACME SOCIETY di Mercedes Benz Fashion Week 2022, dijadualkan berlangsung pada 23 Julai di Zepp KL – pusat acara bertaraf dunia terkini di negara ini.

Fang Heng_Ceo Wardrobe

Kapsul ini bakal menampilkan rekaan 30 busana terpilih yang mempamerkan siri perkembangan dan citarasa fesyen premium tanpa langsung mengkrompomikan karakter atau kerangka fikiran seseorang.  

“Perkataan ‘acme’ bermaksud ‘tahap keunggulan mutlak atau dibangunkan dengan perkembangan yang paling terkini’. Selepas Hidden Depth, koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2019 dan dan Sub-Surface, koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2022, koleksi ini akan menonjolkan puncak tahap kematangan sebagai sebuah refleksi identiti dan personaliti yang sentiasa berubah-ubah. Busana lelaki klasik akan sentiasa relevan dalam dunia fesyen terutamanya di dalam segmen ‘luxury’. Ini adalah DNA Wardrobe dan prinsip utama reputasi kami. Namun begitu, kami perlu beradaptasi dengan aspirasi terkini para klien kami”, ujar Lim Fang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe.

Wardrobembfw2022_3

Dengan kewujudan Acme Society, Fang Heng nekad untuk mencabar konsep tradisional sut di dalam pemakaian. “Pandemik yang melanda dunia telah mengubah scenario global dalam pelbagai cara, termasuklah fesyen, perniagaan dan masyarakat secara umumnya. Sut misalnya, kini dibentuk oleh kombinasi elemen pakaian yang berbeza. Wardrobe kini mula membuka ruang kepada konsep fesyen di mana para klien kini lebih cenderung untuk memadankan sut mereka yang tersendiri menerusi kombinasi kot dan blazer yang bersesuaian. Hal ini melangkaui penampilan luaran semata-mata dan dibentuk oleh gabungan pengalaman, citarasa dan inspirasi yang pelbagai. Rona pudar koleksi ini diadun dengan elemen kemewahan, keberanian, faktor keselesaan, dan mudah digayakan. Konsep penceritaan yang ingin ditonjolkan Wardrobe menyulam koleksi kali ini – mengabadikan citarasa terkini dalam kehidupan seharian karakter yang bergaya dan juga sebagai sebahagian daripada masyarakat yang amat ‘diverse’.” 

Wardrobembfw2022_5

Dibahagikan kepada tiga segmen, Wardrobe akan menampilkan rona tanah, seleksi skala kelabu, corak fesyen yang pelbagai, daripada kotak ‘glen’ sehinggalah ‘plaid’ dan jaluran; dan bakal diakhiri dengan sentuhan fesyen yang ‘vibrant’ dan berani dengan rona gelap seperti merah hati, ‘burgundy’ dan hitam. “Sejujurnya, pelbagai peristiwa yang telah berlaku di seluruh dunia baru-baru ini telah banyak mempengaruhi saya sebagai seorang individu dan pereka fesyen. Saya kini lebih berani dengan pilihan-pilihan saya dan lebih terbuka untuk bereksperimen. Wardrobe adalah sebuah jenama berlegasi dan diraikan kerana potongannya yang berkualiti tinggi dan kekal unggul merentasi zaman. Namun begitu, ACME SOCIETY akan mematrikan hakikat bahawa meskipun begitu, kami tetap mampu menyuntik elemen bersahaja dalam citarasa elegan dan penghalusan busana”, kata Fang Heng mengakhiri bicara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Wardrobe, sila layari www.wardrobe.com.my 

Wardrobembfw2022_4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dewa 19 | 20

Sejarah! Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 Pada 10 September 2022

Amerul Affendi | 21

Filem Prebet Sapu Menang Lakon Layar Terbaik Di MIFFEST 2022