in ,

Wany Hasrita Bakal Lancar CANGGUNG Ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong

Walaupun baru empat tahun perjalanan seni penyanyi Wany Hasrita, 28 tahun, namun beliau telah berjaya menempatkan nama beliau hingga melekat di hati peminat serta memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2018.

Wany Hasrita mula dikenali menerusi single hits berjudul Menahan Rindu dan semakin melonjak dengan single duet Di Sana Cinta Di Sini Rindu (duet bersama tajul). Dalam durasi empat tahun dalam industri dengan melahirkan lapan buah single, beliau telah mendapat perhatian penggemar lagu-lagu Melayu tempatan.

Lagu Rintihan Rindu, Rindu Dalam Benci (duet bersama Tajul), Aku Serius (Duet Tajul), Semarak Syawal Dan Semaikan Cinta. Selain lagu berentak balada, Wany Hasrita juga turut menyerlah bakat nyanyian beliau dalam mempertaruhkan lagu irama tradisional. Contohnya, lagu Ewah Ewah lagu ciptaan Allahyarham Pak Ngah kini mencecah hampir empat juta penonton di YouTube.

Wany Hasrita
Wany Hasrita

Turut membanggakan apabila tertunai hasrat beliau untuk berduet dan merakamkan lagu bersama idola Datuk Jamal Abdullah. Buktinya, Belenggu Rindu telah mencatatkan 11 juta penonton di YouTube walaupun baru enam bulan muzik video ini dimuat turun di official YouTube FMC Music.

Terkini, pada 27 Mac 2020, Wany Hasrita akan melancarkan muzik video dan single terbaru beliau berjudul CANGGUNG di official YouTube FMC Music jam 8 malam.

Wany Hasrita

Bersempena dengan itu, Wany Hasrita akan muncul di Instagram Live @budiey pada jam 8 malam, 27 Mac ini. Kepada anda peminat di luar sana, apa kata tandakan kalendar anda dan ikuti perbualan Budiey bersama Wany Hasrita yang akan bercakap tentang lagu CANGGUNG.

CANGGUNG merupakan lagu kedua ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong setelah kejayaan single duet bersama datuk jamal Abdullah BELENGGU RINDU.

Apakah keistimewaannya lagu ini di mata Wany Hasrita?

Wany Hasrita
Wany Hasrita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bella Astillah Lancar Single TENANG, Akui Tiada Kaitan dengan Kisah Hidup

COVID-19: PTPTN Jawab Isu Penangguhan Bayaran