in ,

Wani Comel Sesak Nafas Masuk Hospital, Ada Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Kemelut yang melanda usahawan kosmetik dengan seorang remaja perempuan yang mempunyai masalah berat badan dilihat semakin memburuk.

Sebentar tadi, usahawan kosmetik terkenal itu telah tampil  membuat sidang media untuk memberi penjelasan mengenai kontroversi berkenaan.

Dimasukkan ke hospital

Namun begitu, menerusi beberapa perkongsiaan yang tular di Instagram sejak pagi, gadis yang dikenali sebagai Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira, 23 telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya apabila mengadu sesak nafas.

WANI

Dalam pemantaun doktor

Menerusi Astro Gempak, merujuk kepada beberapa sumber yang tular di Instagram dan wakil Wani dikenali sebagai Aisyah telah memaklumkan bahawa gadis tersebut mengalami sesak nafas, sakit perut dan muntah teruk.

Selain itu, gadis terbabit  juga berada dalam pemantauan doktor ketika ini selepas disahkan mengalami jangkitan pada paru-parunya.

“Pagi tadi dia kata sesak nafas dan kami terus bawa ke hospital. Saya teman Wani sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Wani.”

“Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangkitan kuman. Wani akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.”

“Doktor bimbang jika ada jangkitan kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas pembedahan dilakukan.” Kata wakil Wani kepada sumber.

Diakhir perbualan tersebut, wakil Wani yang dikenali sebagai Aisyah itu telah memohon kepada orang ramai agar dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Wani yang sekarang berada di dalam wad dan sedang menerima rawatan.

Terdahulu, Wani Comel telah membuat sidang media bersama peguamnya selepas merasakan dirinya ditipu dan diperguna oleh usahawan terkenal selepas melakukan pembedahan memotong usus bagi tujuan merawat obesiti yang dialaminya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Da’i Syed Direman Lagi, Peguam Minta Polis Ambil Tindakan Terhadap Pengadu Laporan Palsu

Never Get Lost While Hiking with this New HUAWEI WATCH GT 2 Pro and its Special Route Back Feature