in , ,

Wang Tunai RM10,000 Jadi Rebutan 12 Peserta Akhir Kiraoke Suria 

Seramai 12 finalis akan berentap di pertandingan akhir KiraOke Suria bagi merebut sebahagian daripada wang tunai bernilai RM10,000 pada 12 Oktober ini di Mydin 2 Seremban, Negeri Sembilan.

Selain daripada wang tunai sebagai hadiah utama, pemenang akan turut membawa pulang sebuah hamper tajaan Mydin. Kesemua finalis ini merupakan pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga menerusi pertandingan KiraOke Suria yang dianjurkan di empat lokasi konsert Karisma Jelajah Suria pada September lepas. 

Suria FM

Nur Hazikah Hanafi, Rosiah Baharuddin dan Nabilah Mohammad merupakan peserta yang mewakili Zon Tengah manakala Zon Utara diwakili oleh Muhammad Hanizam Azman, Noor Intan Bt Ishak dan Muhammad Hafiz bin Mohd Jamal. Zon Selatan pula diwakili oleh Amir Sidiq Bin Khairi, Shazzana Binti Samah dan Nur Farhana Binti Zaidi dan Zon Pantai Timur diwakili oleh Suzana binti Mohammad Akhiyar, Khairulanwar Bin A Shukor dan Nor Umairah Izzati bt Mohd. 

Suria FM

Persembahan peserta akan dinilai dari segi kelancaran nyanyian dan kreativiti gaya persembahan. Sistem permarkahan pula adalah 100% daripada penilaian juri jemputan yang terdiri daripada artis popular seperti Ernie Zakri, Amylea, Hazama dan Eddie Hamid. 

Pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat menyaksikan kesemua 12 peserta ini bertanding malah dapat turut berhibur bersama persembahan daripada penyampai Suria iaitu Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin serta artis jemputan Ernie Zakri, Amylea dan Hazama. 

Suria FM

Peminat dan pengunjung juga boleh mendapatkan cenderahati eksklusif Suria di Kedai Suria yang menawarkan harga promosi bagi cenderahati Suria seperti t-shirt, payung dan topi. 

Untuk peminat dan pendengar yang tidak dapat hadirkan diri ke lokasi pertandingan akhir KiraOke Suria di Mydin Seremban 2, dapatkan ‘Live Update’ menerusi media sosial Facebook dan Instagram Suria Malaysia. 

Suria FM
Suria FM
Suria FM
Suria FM
Suria FM
Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oh!K & Astro Bring Sung Hoon to Malaysia

Jelajah Food Truck Izzue Islam Dalam 13 Episod RODA SELERA