in

Wan Zaleha Radzi Bertudung Pengacara Islam Today

2 Program Baharu TVi : Jangan Buat Lagi dan Islam Today Temui Penonton Mulai Oktober Ini

Generasi Y masa kini dilihat sebagai individu penting yang seharusnya meningkatkan penerapan konsep jati diri dalam diri mereka. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TVi (Saluran 180 Astro) tampil berkongsi menyiarkan program-program terbaharu yang diselitkan dengan motivasi. Bukan itu sahaja, program disiarkan juga mampu memberikan kefahaman agama serta nilai murni di kalangan remaja.

babak dalam Jangan Buat Lagi

Disampaikan secara santai kepada penonton, dua program bertajuk Jangan Buat Lagi dan Islam Today nyata berbeza dengan program motivasi yang lain kerana di samping mengetengahkan isu yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita, ianya dipaparkan menerusi teknik lakonan semula yang lebih berkesan.

Saksikan Jangan Buat Lagi mulai 1 Oktober 2012, setiap Isnin, jam 9.00 malam yang mengupas isu gejala sosial di kalangan remaja yang semakin berleluasa sekarang. Pelbagai kes akan diketengahkan menerusi teknik lakonan semula seperti isu samseng jalan raya, gejala buli, penyalahgunaan dadah, pecah rumah, ragut, buang bayi dan lain-lain.

Kes akan dikupas secara lebih mendalam lagi dari sudut agama oleh Imam Muda Hassan Adli dengan gaya penyampaian yang mudah difahami semua. Kemudiannya Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pula akan menganalisis setiap kes jenayah tersebut. Ia dilihat dari segi hukuman dan denda jika disabitkan kesalahan kepada pesalah terlibat yang pastinya dapat memberikan pengajaran dan tidak diulangi oleh sesiapa sahaja.

Program 13 episod yang diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd ini mengetengahkan tajuk yang berbeza dalam setiap episod siarannya.

Dalam usaha memberi kefahaman agama serta nilai murni di kalangan remaja pula, rancangan Islam Today turut menemui penonton dengan mengetengahkan dunia Islam dalam masyarakat kontemporari masa kini daripada pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, kewangan, media sosial, seni dan budaya.

Rancangan berbentuk bual bicara berbahasa Inggeris ini, dihoskan oleh Wan Zaleha Radzi disiarkan mulai 5 Oktober 2012, setiap Jumaat, jam 1.00 petang yang menjelaskan cabaran dihadapi oleh umat Islam khususnya generasi muda masa kini berdepan cabaran dalam kehidupan seharian mereka.

Menariknya program ini turut mengupas persediaan golongan remaja dalam menuju masa depan yang gemilang berdasarkan konsep Islam. Panel dan tetamu rancangan ini terdiri daripada pensyarah universiti, pelajar, pemikir dan pengamal agama.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan dua program bermanfaat ini hanya di TVi.

jangan buat lagi

Islam Today ... tampilkan Wan Zaleha Radzi sebagai pengacara

Islam Today … tampilkan Wan Zaleha Radzi sebagai pengacara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penerbit A.Aida Tuntut Cerai Kerana Tiada Persefahaman

Gambar Aaron Aziz Korek Hidung