in , ,

Wall’s dan LEGOLAND Malaysia Raikan Rumah Titian Kasih

Wall’s dan LEGOLAND® Malaysia Menyokong Keseronokkan dan Kembara
Wall’s menandatangani pakatan sebagai rakan ais krim eksklusif bagi LEGOLAND® Malaysia

[dropcap]W[/dropcap]all’s, jenama ais krim kegemaran Malaysia meraikan perlantikan selama 5 tahun sebagai rakan ais krim eksklusif bagi LEGOLAND® Malaysia bersama 30 orang kanak-kanak kurang bernasib baik di Rumah Titian Kasih. Pakatan niaga ini meluaskan lagi objektif bersama kedua-dua jenama iaitu untuk meraikan detik-detik penuh keceriaan melalui pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif serta melibatkan elemen kembara bersama kanak-kanak.

Wall’s, LEGOLAND Malaysia, Rumah Titian Kasih

Menurut Chan Meng Yang, Pengurus Pemasaran, Malaysia, Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd., “Sejak penubuhan kami di Malaysia lebih 45 tahun lalu, kami sentiasa menyokong mewujudkan detik-detik indah melalui keseronokkan dan kembara bersama kanak-kanak, khususnya dengan rangkaian Paddle Pop kami. Maka, kami amat berbangga untuk menjadi rakan LEGOLAND® Malaysia dalam membekalkan sajian ais krim berkhasiat kepada kanak-kanak di taman tema. Kami akan terus memupuk kanak-kanak untuk menerokai minda imaginatif serta kreatif mereka untuk pengalaman yang lebih menarik sambil menikmati keseronokkan dan kembara dalam kehidupan seharian. Kami terhutang budi kepada LEGOLAND® Malaysia kerana bergabung bersama kami dalam menyediakan pengalaman interaktif kepada kanak-kanak di Rumah Titian Kasih.”

Siegfried Boerst, Pengurus Besar, LEGOLAND® Malaysia berkata,

“LEGOLAND® amat menyokong pembelajaran sambil bermain dan kami gembira kerana terdapat peluang ini untuk memberi impak bersama satu jenama yang berkongsi minat ke arah memperkayakan kehidupan kanak-kanak. Selaku sebuah taman yang direka untuk keluarga dan kanak-kanak, kami dapat menyaksikan nilai-nilai jenama kami, iaitu kreativiti, imaginasi, pembelajaran, bersifat penyayang, ceria dan kualiti dipaparkan melalui pakatan ini,” kata beliau.

“Kami menyokong bermain dan keseronokan sebagai elemen penting dalam pembelajaran. Maka, kami amat gembira kerana dapat berkolaborasi dengan Wall’s di Rumah Titian Kasih bagi menggalakkan imaginasi kanak-kanak melalui aktiviti ini,” tambah beliau.

Pengumuman pakatan ini kena pada masanya – suasana di Rumah Titian Kasih masih ceria disebabkan oleh sambutan Hari Kanak-kanak Universal dalam minggu sebelum ini. Kanak-kanak di Rumah Titian Kasih, dalam lingkungan umur di antara tujuh hingga dua belas tahun, begitu teruja dengan aktiviti ‘Build and Test’ oleh Wall’s Paddle Pop yang diilhamkan berdasarkan salah satu daripada aktiviti terkenal di LEGOLAND® Malaysia.

[pullquote align=”right”]LEGOLAND® Malaysia adalah taman tema antarabangsa pertama di Malaysia, dan LEGOLAND® pertama di Asia.[/pullquote]

Aktiviti ‘Build and Test’ memupuk perkembangan kognitif, emosi, sosial dan motor di kalangan kanak-kanak. Aktiviti menyeronokkan menggalakkan pemikiran dan pembelajaran kreatif melalui pengalaman bermain yang berkualiti. Sebagai satu hidangan istimewa, kanak-kanak di Rumah Titian Kasih turut menikmati masa rehat dengan varian baru Wall’s Paddle Pop – iaitu Tornado Grape, yang merupakan jeli anggur yang boleh dikupas daripada teras ais strawberi.

Melanjutkan komitmen Paddle Pop Wall untuk meraikan pencari pengembaraan dan imaginasi aktif kanak-kanak, jenama ini memberi kejutan kepada kanak-kanak di Rumah Titian Kasih dengan perjalanan semua perbelanjaan ditanggung penuh ke LEGOLAND® Malaysia.

Berukuran seluas 76 ekar, taman tema ini direka untuk keluarga dan kanak-kanak berusia di antara dua hingga dua belas tahun.

Sebuah ‘rumah kelab’ LEGO® untuk semua usia, Taman ini menawarkan lebih dari 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Terletak secara strategik di Nusajaya, Taman ini menyambut tetamu pertamanya pada 15 September, 2012.Dalam perancangan adalah Taman Tema Air LEGOLAND® yang bakal dibuka dalam sukuan kedua tahun 2013 dan Hotel LEGOLAND® pada awal tahun 2014.

Wall’s, LEGOLAND Malaysia, Rumah Titian Kasih

Wall’s, LEGOLAND Malaysia, Rumah Titian Kasih

Wall’s, LEGOLAND Malaysia, Rumah Titian Kasih

Wall’s, LEGOLAND Malaysia, Rumah Titian Kasih

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Doomsday Preppers National Geographic Channel

Special Meet-and-Greet Session with KPop Superstars