in , ,

“Waktu Itu Hati Terlalu Sayang & Mahu Sehidup Semati, Tapi Sekarang…” – Elizabeth Tan

Bercinta lalu putus, itu lumrah dunia percintaan. Tiada yang kekal abadi pun dalam dunia ini. Lagi kan orang lain yang ada ikatan suami isteri pun boleh bercerai, ini kan pula orang yang bercinta yang tiada ikatan apa-apa. Itulah yang dilalui oleh selebriti terkenal, Elizabeth Tan. Pengalaman lalu banyak mengajar beliau agar berhati-hati memilih pasangan hidup.

CINTA itu bahagia. Namun kadang-kadang ia menyakitkan. Begitulah yang dialami oleh penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan yang pernah murung akibat kecewa dalam percintaan. 

“Saya lebih matang dari dulu. Banyak yang saya belajar dari pengalaman. Saya sayang diri sendiri lebih dari dia.

“Dulu saya okay apabila dia tipu dan pukul saya. Waktu itu saya terlalu sayangkan dia dan nak sehidup semati,”

– Elizabeth Tan

Lizzie juga merancang untuk berkahwin sebelum umurnya 30 tahun. Dah ada calon suami ke?

“Saya sudah merancang kahwin lagi tiga tahun. Saya tak boleh tunggu lama lagi. Sekarang usia saya sudah 27 tahun dan tiga tahun lagi amat sesuai untuk berkahwin.

“Berkenaan calon, saya belum boleh jawab. Mungkin ada dan mungkin tak. Sukar untuk saya mengaku kerana kebanyakan peminat saya adalah lelaki.

“Jika saya umumkan apa-apa saja, ia akan membabitkan karier saya. Saya mengaku takut hilang peminat. Namun usia 30 adalah masanya untuk saya kahwin dan punyai anak dan semua orang akan tahu,”

– Elizabeth Tan

Bagi Lizzie, dia tidak boleh mengharapkan kerjaya seni semata-mata.

“Saya memulakan perniagaan sendiri dengan jual baju jenama Izzi untuk lelaki. Kebanyakan kawan-kawan saya lelaki.

“Saya percaya saya tak boleh bergantung kepada karier ini selamanya. Ini faktor saya mulakan perniagaan. Kalau dah tua nanti sekurang-kurangnya saya sudah ada simpanan. Saya mencuba dan ia adalah pencapaian saya tahun ini.

“Saya baru lancarkan sekali. Minggu depan, saya akan lancarkannya lagi untuk tujuan kebajikan. Saya akan bagi sumbangan untuk MERCY Malaysia,”

– Elizabeth Tan

Lizzie yang akan menyambut Krismas pada Jumaat ini akan muncul dengan lagu baharu berentak balada ciptaan Omar K. Lizzie akan berduet dengan seorang penyanyi lelaki untuk lagu ini.

Lizzie juga akan memulakan penggambaran filem Gila Gusti tidak lama lagi-

*Sumber: WILAYAHKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tim Cook Apple | 19

Akaun Apple Di Facebook Tidak Lagi Mempunyai Lencana Pengesahan Identiti (Bluetick)

Michael Ang | 20

Video Penjelasan PU Rahmat Terhadap Kritikan Michael Ang Mengenai Teguran Lamaran Secara Terbuka