in ,

Wak Doyok Dikecam Teruk Gara-Gara Gambar Kekasih Cium Pipi

MEMILIKI 1.7 juta pengikut di laman Instagram, nama selebriti media sosial Wak Doyok tidak asing lagi dalam kalangan mereka yang meminati dunia fesyen.  Style bermisai lentik, berjambang tebal dan berjanggut tu dah jadi trademark bagi pemilik nama sebenar Tengku Muhammad Azwan Shah ini.

Wak Doyok

Seorang fashionista yang sering tampil dengan gaya maskulin British era 60-an, terutama sekali tang seluar ketat dan senteng itu menjadikan Wak semakin dikenali meskipun pada awalnya dia bukanlah terkenal sebagai seorang artis!

Semalam, Wak ada berkongsi beberapa keping gambar dan video di Instagram yang memaparkan dia sedang menyambut hari lahir bersama-sama seorang wanita cantik.

Wah…Wah…Memang cun habis! Ni baru betul bergetar rusuk kiri bak hang!

Wak Doyok

Tapi, hari ni portal terkenal MYNEWSHUB telah menyiarkan gambar Wak Doyok bersama wanita yang dipercayai kekasihnya. Artikel itu bukan nak cerita mengenai aura pesona wanita cantik itu yang juga merupakan seorang model terkenal dari Indonesia.

Kami nak cerita mengenai isu rakaman cium pipi antara Wak Doyok dengan wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Malika Askarova.

Menerusi salah satu posting berkenaan, pipi Wak Doyok telah dicium oleh wanita tersebut di hadapan beberapa rakan mereka. Waduh, bertuah betul pipi tu!

Kemudian Wak yang juga merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan universiti di Jerman, dilihat membalas ciuman tersebut wanita berkenaan. Ehh, biar betul?

Secara tidak langsung, tindakan ‘keterlaluan’ Wak itu telah mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

Di mana rata-rata terkejut dengan perkara itu sekaligus beranggapan perbuatan tersebut tidak manis.

Wak Doyok

Wak Doyok

Tambahan pula, Wak merupakan seorang lelaki Muslim dan public figure yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini Wak dilihat masih belum lagi memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Hmmm…Agaknya siapa sebenarnya gerangan bidadari cantik berbaju putih di hari lahir Wak tu ya?

Kekasih Wak ke? Wah…kalau betul ini kekasih Wak, memang bukan calang-calang orang kan!

Apa-apapun, sama-sama kita tunggu kenyataan daripada mulut Wak sendiri berhubung perkara ini! – MyNewsHUb

Wak Doyok

Wak Doyok

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shopee Raikan Ulangtahun dengan Pelbagai Promosi Untuk Lebih 6 Juta Produk

Ogy Ahmad Daud Ajar Ayda Jebat Cara Berlakon Untuk PINJAMKAN HATIKU