in , , ,

Wajib Tonton! Ini Senarai Drama Korea Menarik di Netflix Februari Ini

Hey, khas buat anda peminat drama Korea Selatan, drama terbaru akan hadir di Netflix! Berikut adalah drama terbaru yang boleh dilayan pada Februari ini. Jangan lupa tonton tatkala anda mendepani pandemik Covid-19. Just stay at home menonton Netflix, okay?

Masa berlalu dengan pantas sekali. Tup tup kita dah nak melangkah ke bulan Febuari, satu bulan yang penuh dengan bunga-bunga cinta. Nantikan drama misteri dan fantasi dari pengarah The Legend of the Blue Sea dan The Master’s Sun. Lihat di bawah beberapa drama menarik untuk dinantikan. 

SISYPHUS: THE MYTH

Wajib Tonton! Ini Senarai Drama Korea Menarik di Netflix Februari Ini

Barisan Pelakon: Cho Seung Woo, Park Shin Hye, Sung Dong Il dan Tae In Ho

Pengarah: Jin Hyeok

Drama misteri fantasi ini bukan sahaja dibintangi pelakon terkenal, malah jalan ceritanya juga sangat menarik! Han Tae Sul, seorang jurutera yang bijak mula menggali kebenaran berkaitan makhluk yang tinggal di antara mereka dan menyembunyikan identiti sebenar. Peranan Kang Seo Hae, lakonan Park Shin Hye dalam situasi itu ialah berjuang selamatkan hidup Tae Sul kerana lelaki ini adalah kunci untuk selamatkan nasib dunia. 

Bagi yang tak gemar drama berkaitan kisah cinta, drama ini sangat sesuai untuk ada tonton. Anda boleh harapkan kisah epik yang penuh dengan aksi thriller mendebarkan. Saksikan Tae Sul dan Seo Hae berperang dengan musuh misteri dan berusaha menyelamatkan dunia Februari ini. 

VINCENZO

Wajib Tonton! Ini Senarai Drama Korea Menarik di Netflix Februari Ini

Barisan Pelakon: Song Joong Ki, Jeon Yeo Bin, Ok Taecyeon dan Yoo Jae Myung 

Pengarah: Kim Hee Won

Vincenzo merupakan drama komedi gelap yang turut dibintangi pelakon kesayangan ramai iaitu Song Joong Ki, Ok Taecyeon dan ramai lagi. Kali ini, Song Joong Ki akan membawa watak sebagai Vincenzo Cassano, seorang peguam kumpulan mafia Itali. 

Vincenzo meninggalkan negara Itali dan pergi ke Korea Selatan. Di sana, dia terjumpa dengan seorang peguam bernama Hong Cha Yeong. Mereka bekerjasama menegakkan keadilan dengan cara melawan penjahat menggunakan kaedah yang digunakan penjahat itu sendiri. Dunia kejahatan dan dunia keadilan bersatu dengan pahlawan gelap yang inginkan keadilan. 

HELLO, ME! 

Wajib Tonton! Ini Senarai Drama Korea Menarik di Netflix Februari Ini

Barisan Pelakon: Choi Gang Hee, Kim Young Kwang, Eum Moon Suk dan Kim Yong Rim 

Pengarah: Lee Hyun Seok

Drama ini sangat sesuai bagi peminat komedi romantik! Wanita berusia 37 tahun, Ban Hani merasai kejatuhan dalam seluruh kehidupannya. Suatu hari, tiba-tiba dia dikunjungi oleh dirinya yang berani semasa umur 17 tahun. Kisah ini memberi hiburan, pembesaran dan perasaan kasih sayang. Anda boleh nantikan babak kelakar dan saat romantik Hani ketika berinteraksi dengan Han Yu Hyeon, seorang yang kaya, kacak dan berjiwa bebas. 

Drama manakah yang anda paling teruja untuk tonton Februari ini? Anda boleh layan semuanya hanya di Netflix!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amaran Apple MagSafe & iPhone 12 Boleh Menggangu Prestasi Alat Perubatan

Ini Sebab Orang Yang Hidup Minimalis Nampak Lebih Bahagia Daripada Orang Lain