in ,

Wajah Yang Tampan Ala Oppa, Welson Sim Jadi Kegilaan Netizen Di China & Thailand

Walaupun perenang negara Welson Sim gagal melayakkan diri ke final 400 meter (m) gaya bebas lelaki di Sukan Olimpik Tokyo, namun nama anak muda dari Sarawak berusia 24 tahun ini disebut-sebut di sosial media di China dan Thailand sehingga menjadi trending.

Sebelum ini, kita dapat perhatikan di media sosial netizen Malaysia aktif berbincang soal busana yang dipakai oleh para atlet Malaysia. Ramai yang menyukainya dan tidak kurang juga yang kurang berminat dengan pakaian yang digayakan.

Semua bermula sewaktu acara perbarisan kontinjen ketika majlis perasmian di Stadium Olimpik di Tokyo, Jepun yang disiarkan secara langsung di seluruh negara. Menurut warganet di laman Twitter, perenang berusia 24 tahun itu kelihatan segak dan tampan walaupun memakai pelitup muka yang hanya menampakkan bahagian matanya.

Welson Sim

Dalam pada itu, lain ceritanya di China apabila seorang atlet renang Malaysia yang turut berada sewaktu acara perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020 berjaya menjadi tumpuan netizen di China berikutan wajahnya yang tampan.

Welson Sim
Welson Sim

Menerusi komen yang dikongsikan netizen China, mereka berpendapat Welson Sim memiliki wajah yang sangat tampan meskipun wajahnya ditutup dengan pelitup muka. Terdapat juga netizen China yang mengakui jatuh hati saat pertama kali melihat atlet ini sewaktu acara perasmian.

Meninjau ke laman Instagram miliknya, foto terbaharu Welson menerima lebih banyak tanda suka berbanding posting sebelumnya selain dihujani ratusan komen yang mengucapkan selamat berjuang dalam merebut pingat emas.

Welson Sim

Untuk pengetahuan, Welson Sim merupakan atlet mewakili Malaysia dalam kategori renang 200m dan 400m gaya bebas. Anak kelahiran, Kuching, Sarawak sudah berjaya merangkul pingat emas bagi kedua-dua acara pada Sukan SEA 2017 lalu.

Sebelum ini, Welson Sim menduduki tempat ke-33 daripada 36 perenang dalam ranking keseluruhan acara itu pada hari pembukaan acara renang di Pusat Akuatik Tokyo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Selamat Tinggal, Melodi… Thank You for Everything,” – Awal Ashaari

Bizmilla & Malakat Mall Sasar Bantu 100,000 Keluarga Yang Terkesan di Era Pandemik Covid 19