in

Wajah-Wajah Afgan Syah Reza di Pelancaran Album Confession No.1

Pada jam 4 petang tadi telah berlangsung Majlis Pelancaran Album Confession No. 1 di Songket Lounge, Hotel Istana bagi penyanyi yang semakin popular di Malaysia iaitu Afgan Syah Reza. Budiey nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Metadome Sdn Bhd kerana telah berjaya memujuk penyanyi bersuara matang lunak sedap ini terbang ke Malaysia bagi rangka promosi album ini.

Sebenarnya, Budiey dah lama menunggu ketibaan Afgan datang ke Malaysia. Tertanya juga, syarikat rakaman manalah yang berani nak bawa Afgan datang. Masa tu, Budiey dah siap hafal semua lagu-lagu dalam album Afgan sesudah jatuh cinta dengan irama lagu mendayu Terima Kasih Cinta. Sekarang, segalanya telah direalisasikan oleh Metadome Sdn Bhd dan khabarnya untuk album akan datang… Imran Ajmain akan mencipta 5 buah lagu untuk dinyanyikan oleh Afgan. 

Di sidang media yang digimikkan dengan kehadiran Afgan palsu ini… Afgan telah mendendangkan 5 buah lagu iaitu Ordinary People (John Legend Cover Version), Padamu Ku Bersujud, Sadis, Entah dan Terima Kasih Cinta… dan untuk memenuhi wartawan, Afgan telah menyanyikan sekali lagi lagu Entah… Memang lagu Entah pun sedap gak la.

Huhu…. jap jap… jangan korang tersilap… ini bukannya Afgan ya… ini ialah Syah, staff Metadome yang dikerah untuk buatan kejutan di majlis pelancaran album Afgan petang tadi. Huhu, kelakar gak la, sebab ada beberapa fotografer yang duk bertungkus lumus mengambil gambar Syah nih… padahal Afgan Wannabe rupanya.

Kira menjadik gak la gimik tu…

Dan ini dia Afgan yang sebenarnya ketika mendendangkan lagu… penuh penghayatan… kalau Afgan masuk Akademi Fantasia, mesti kena kritik tidak menghormati penonton dan tidak ada komunikasi langsung dengan pendengar. Mata kena fokus… dan ternyata yang penting suara dan vokal Afgan memang mantap habis. Lebih sedap dari yang korang dengar dari CD… huhu.

12 Comments

Leave a Reply
  1. Salam Budiey,

    Thanks kerana memberi liputan event ini.
    Kami di Metadome mengucapkan ribuan terima kasih kepada Budiey dan rakan2 media yang lain.

    Thanks again.

  2. X dgr lgi lgu dia ni tpi klau btul suara best .. x kisah lh klau muka x hensem.. cth kt ngara barat .. da talent comes 1st.. unless klau keje model. Hmm .. itupun x 100% pd rupa je.. diri sndri tu cmna dlu

  3. hmm.dh dpt download dh lagu afgan..yup,sora dia mmg besss.. lg 1,bla dgr lagu n tgk muka ia..rasa cm sora nya lbih mtang dr muka… cute jaa… 🙂

  4. aku peminat afgan nie.vokal best+cipta lagu sendiri..kagum…semua lagu dalam album mmg sedap didengar aku suka Entah,Klise,Tanpa batas waktu,Padamu kubersujud,Sadis,Terima kasih cinta.

  5. mohon dimaklum…afgan memang pemalu sangat. (alaah..bergaya melayu saya bicara)

    di indonesia pun afgan seperti itu kalau perform, karna dia memang pemalu, mata tak fokus dan jarang komunikasi dengan penonton..

    tapi afgan memang juga sudah banyak berubah, tak pernah kan kalian melihat afgan joget ketika bernyanyi dangdut? kami di indonesia pernah..haha..

    nikmatilah karya dia dan suara dia yang smooth, tak perlu lah merasa risau karna afgan masih banyak belajar cara bernyanyi yang baik:)

  6. foto bleh lah macam biasa je,
    but if u see afgan langsung
    hensem sangat lah dya…

    afgan niey pemalu,walaupun dah jadi artis
    makanya kadang mata xfokus ke penonton.

  7. afgan itu lucu banget
    hampir semua foto afgan aku simpan di album
    afgan aku benar-benar suka banget sama kamu
    i like u afgan

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Layanan Kelas Kedua, Bunga Tidak Selesa Dengan Media?

Sekitar Pelancaran Album Afgan Syah Reza Confession No. 1 di Malaysia