in , ,

Wajah Gadis Mirip Mira Filzah Buat Ramai Keliru, Ingat Ke Mira Dah Freehair

Korang pernah dengar tak orang kata dalam dunia ada tujuh orang yang miliki rupa paras yang sama dengan korang? Tapi biasanya korang tak kenal pun orang tu.

Macam video yang viral baru-baru ni, ramai yang menyangkakan gadis di TikTok ini adalah Mira Filzah.

Tak pelik la kan, cumanya video ini memaparkan TikTok challenge yang dilakukan dalam keadaan freehair.

Patutlah kecoh, rata-rata netizen terkejut kerana menyangkakan pelakon itu kongsikan videonya dalam keadaan freehair.

Ye la Mira kan dikenali dengan imej muslimah, mestilah terkejut semua orang!

@3aity

♬ Put Your Records On – Ritt Momney

Pemilik akaun itu yang dikenali sebagai @3aity dilihat tidak mengenakan sebarang make up di awal video, namun iras wajahnya dilihat semakin menyerlah apabila dia mengenakan alat solek.

Dengan mata sepet dan senyuman manisnya memang menyerlahkan lagi iras wajah yang sama.

TIKTOK

Korang tengoklah sendiri, gambar-gambar lain pun nampak sama kan? Ke adik-beradik terpisah ni.

So korang lepas ni kalau nampak ‘Mira Filzah’ freehair, jangan terkejut sebab tu bukan dia okay!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Impian Tercapai! Adele Teruja Jadi Pengacara Saturday Night Live Buat Kali Pertama

Hattan Alami Injap Jantung Tersumbat, Warganet Titip Ucapan Semoga Cepat Sembuh