in ,

“Saya Tak Pernah Cakap Nak Stop Dalam Bidang Hiburan,” – Wahid Senario

Setelah tidak lagi bernaung di bawah syarikat pengurusan TV3 sejak tahun 2015, boleh dikatakan agak jarang peminat melihat kemunculan Wahid Senario dalam dunia hiburan.

Sehinggakan ada yang beranggapan bahawa pelakon dan pelawak popular itu sudah tidak terlibat lagi dalam industri hiburan, apatah lagi dia dilihat sudah lebih menjurus kearah keagamaan.

Bagaimanapun, Wahid yang ditemui semasa rakaman program Santai Je… baru-baru ini menafikan dia sudah berhenti, sebaliknya memberitahu peluang itu jarang diperolehinya.

“Dulu saya dan anggota Senario berada di bawah pengursan TV3 sehinggalah tahun 2015. Kemudian masing-masing bawa haluan dan saya pula pulang ke kampung. Ramai yang ingat saya dah tak terlibat dengan industri hiburan. 

“Jadi, ada yang tertanya-tanya sama ada saya nak berlakon lagi atau tidak. Sedangkan saya tak pernah cakap nak stop dalam bidang hiburan… cuma peluang itu tidak ada,” jelasnya. 

Menurut Wahid, mungkin juga ramai yang menyangka dia sudah lebih menjurus kepada keagamaan, sehingga beranggapan dia sudah meninggalkan semuanya dan perkara itu tidak berlaku kerana dia masih lagi mahu aktif seperti sebelumnya.

“Cuma, mungkin silap saya juga sebab tak ada akaun media sosial seperti Instagram, sedangkan ia sesuatu yang sangat penting kerana menerusinya orang akan dapat mengetahui perkembangan saya.

“Hanya pada pertengahan tahun lalu barulah saya ada akaun Instagram sendiri. Itupun setelah seorang sahabat saya ajak sertai sebuah radio online iaitu Hingker FM. Dia yang beri saya telefon bimbit dan membuat akaun Instagram saya,” jelasnya.

Ujarnya, dia bukanlah seorang yang anti dengan penggunaan media sosial. Sebaliknya, dia tidak mahu menambahkan kerja dengan perlu mengemaskinikan setiap aktiviti lalu dan lebih selesa dengan kehidupan yang dilaluinya ketika itu.

“Sahabat saya itu yang banyak beri dorongan kepada saya dan menyatakan ia sesuatu yang sangat penting. Kemudian barulah sekarang saya aktif dengan media sosial,” jelasnya.

Mengenai perkembangan karier lakonannya, Wahid memberitahu dia telah selesai menjalani dua buah telefilem yang sedang menunggu tayangan di saluran RTM.

*Sumber: KopiPlanet.com

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ketukan ‘Misteri’ Dilaporkan Hantui Penduduk di Sabak Bernam, Ini Yang Berlaku

Bukan Mudah Nyanyi Lagu AKU BIDADARI SYURGAMU, Aishah Dedah Hampir Pitam di SFMM35