in , , ,

Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung SleepyIlama

Vivy Yusof adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen dan perniagaan tudung. Lebih-lebih lagi nama usahawan terkenal ini sering dikaitkan dengan isu-isu kontroversi yang membuat pelanggan dan peminat mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang usahawan.

Baru sahaja reda kontroversi susulan kenyataannya didakwa menghina golongan B40 dan M40, timbul lagi isu hangat melibatkan Vivy Yusof apabila didakwa telah menciplak corak rekaan tudung seorang personaliti TV & model, SleepyIlama atau dikenali sebagai Nia dari rekaan koleksinya dua tahun lepas. 

Rata-rata netizen mengatakan produk terbaru Vivy yang baru dilancarkannya itu sangat mirip dan serupa dengan paten ataupun corak dari rekaan Nia. 

Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung Jenama Tempatan

Malah Nia mendakwa foto kempen dUCk juga hampir sama, dengan menampilkan model sedang duduk di kerusi dengan menggayakan produk tudung dalam studio seni sambil memegang papan cat warna.

Isu tersebut mendapat perhatian netizen apabila Nia telah memuat naik gambar bagi tujuan membandingkan rekaan dan konsep photoshoot yang digunakan untuk pelancaran koleksi tudungnya dengan rekaan tudung dan konsep photoshoot yang digunakan Vivy untuk pelancaran koleksi barunya, The Artsy Duck. Difahamkan, koleksi Artsy dUCk dijual pada harga RM200 sehelai.

As a naturally shy person, I have always liked the art class in school cos it let me express myself. I’m actually a fun person inside, I swear! 😂 I hope The Artsy dUCk here captured the fun that I’m feeling inside. It’s launching tonight at 10pm and a portion of the proceeds will contribute to the donation for Pusat Jagaan Amal Asyura! Can I get a 💜 for The Artsy dUCk? – D. #duckscarves

keep swiping right for a freaking surprise!!!!!!!!!! 😆😊😊😊😊😊😊😊

– Vivy Yusof

Ekoran dari dakwaan itu, Vivy Yusof mengeluarkan kenyataan yang menafikan dia mencuri dan meniru idea dari Nia dengan mengatakan rekaan tudungnya itu adalah rekaan asli yang telah digunakan untuk satu produk Duck yang dikeluarkan pada tahun 2018.

“Dua tahun lalu saya menghasilkan skarf yang saya reka dan lakar hasil kolaborasi dengan Soonaru.

“Enam bulan saya bekerja keras bagi menghasilkannya. Dua tahun kemudian hari ini saya difahamkan dUCk mengeluarkan produk yang hampir sama,”

– Nia di Instastory
Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung Jenama Tempatan
Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung Jenama Tempatan
Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung Jenama Tempatan
Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung Jenama Tempatan

Menurut Nia sehingga kini tudung rekaannya didapati masih dijual dalam talian di stor jualan pakaian Fashion Valet milik Vivy.

Sementara itu Vivy di Instagramnya menafikan dakwaan itu, dan menjelaskan kumpulan perekanya menghasilkan idea rekaan itu sejak Jun 2018.

“Pereka saya di dUCk bekerja keras dan agak kecewa setiap kali kami dituduh meniru.

“Saya juga kecewa kerana koleksi ini bertujuan untuk membantu anak yatim.

“Saya tidak faham bagaimana orang lain boleh sebarkan kebencian sebegitu,”

“Bagi kempen untuk koleksi ini, memandangkan ia digelar Artsy dUCk, kami berpendapat sesuai untuk mengadakan tema studio artis.

“Sudah ramai yang membuat konsep sebegini tetapi seperti biasalah, jika dUCk yang buat, orang ramai akan berkata, jom boikot dUCk,” tulisnya.

– Vivy Yusof
Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung Jenama Tempatan

Vivy juga berkata sementara tudung dari Sleepylllama dikeluarkan pada Disember 2018, produknya yang menggunakan rekaan tersebut telah dibincangkan sejak bulan Jun tahun yang sama.

Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung Jenama Tempatan

Bagaimanapun, Nia tidak hanya berdiam diri dimana dia juga tampil menunjukkan bukti email dimana rekaannya itu telah dibincangkan sejak bulan Mei 2018. Menurut Nia, walaupun koleksi tudungnya dilancarkan pada bulan Disember tetapi proses perbincangan telah bermula seawal bulan Mei 2018. Proses untuk menghasilkan rekaan dan konsep memakan masa, idea dan tenaga. Siapa yang tidak kecewa dan marah apabila rekaan dan konsep ditiru begitu sahaja.

Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung Jenama Tempatan

Isu tersebut ibarat minyak disimbah ke api yang marak buat Vivy yang baru bulan lepas dilanda kontroversi apabila rata-rata netizen yang memberi komen meluahkan rasa kecewa terhadap sikapnya yang dianggap tidak profesional.

Rata-rata warganet mempunyai pendapat yang berbeza dan menimbulkan pendebatan. Ada yang mengatakan konsep yang ditonjolkan sama tetapi rekaan sedikit berbeza dan juga sebaliknya. Malah, ada juga yang berasa tidak sepatutnya perkara seperti meniru idea rekaan orang lain seperti ini berlaku.

Tidak kurang juga ada yang menyalahkan creative team Duck yang sudah banyak kali menimbulkan kontroversi seperti ini dan seharusnya Vivy mencari creative team yang baru dan lebih profesional.

“Dah. Dari dulu memang tak berkenan dgn FV / Duck brand. Not a drop of originality in the brand. Good job vivy yusof for taking other people’s hard work and make profit out of it. Semua benda kau tiru sebab nak kaya. This collection was my friend’s baby,”

Bukan sekali dua ya Vivy and team are accused of ciplak (or whatever you call it) design orang lain. It happened before, she clearly needs a new creative team.

My take on this ongoing ridiculousness. I remembered going to bazaars and having customers asked me if I worked FOR VIVY because my RM5 products “sama macam duck” when clearly, she stole my ideas and sold at RM500++.

Ini bukan kali pertama Vivy Yusof didakwa menciplak rekaan jenama lain, sebelum ini tular di media sosial apabila Fashion Valet dikatakan telah menciplak rekaan pereka untuk jenama kecil. Tahun lepas, Vivy dikatakan telah meniru rekaan satu jenama turban tempatan yang dikenali Echenta. 

Pastinya isu mencuri idea orang lain ini merupakan sesuatu isu yang sangat sensitif. Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan kes ini dengan baik.

Apakah pula pandangan anda mengenai hal ini? Nah! Jika ada sebarang komen dan pendapat silakan tulis di ruangan komen kat bawah ini. 

What do you think?

984 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia Menyambung Semula Penerbangan Domestik Hari Ini

Covid-19: Ayda Jebat & Nabil Mahir Bertunang Secara dalam Talian