vivo Malaysia sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran rasmi telefon pintar flagship ZEISS Portrait terbaru, vivo V60, yang diraikan dalam sebuah acara eksklusif di Pulau Pinang menerusi roadshow vivo V60 Superday. Apa yang buat ramai teruja ialah tawaran harga bermula RM1,999 dengan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,000, termasuk kotak hadiah edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsigayang rare dan susah nak dapat.
Acara pelancaran ini bukan sekadar mempamerkan produk baru, tapi ia sebenarnya menjadi pentas untuk vivo memperkenalkan generasi baru fotografi potret dalam dunia telefon pintar, terus dibawa ke tangan rakyat Malaysia.
Harga Mampu Milik Dengan Ciri Flagship Premium
“Dengan harga di bawah RM2,000, pelanggan berpeluang memiliki telefon pintar flagship berkuasa ZEISS untuk potret,” kata Mark Long, Pengurus Wilayah Utara vivo Malaysia. Beliau menekankan bahawa vivo V60 menggabungkan teknologi kamera ZEISS dengan prestasi pengimejan setaraf telefon flagship premium, menjadikannya pilihan naik taraf terbaik untuk peminat fotografi dan pencipta kandungan digital.
Sempena pelancaran ini, vivo menawarkan promosi gila-gila di mana pelanggan yang membeli vivo V60 dari 4 hingga 7 September 2025 akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,000, termasuk kotak hadiah kolaborasi edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsiga. Menurut Mark, sambutan di Pulau Pinang sangat luar biasa hingga menunjukkan betapa kuatnya permintaan terhadap teknologi kamera potret vivo.
Hadiah Eksklusif Untuk Pembeli Terawal
Satu lagi highlight ialah tawaran khas untuk 20 pembeli terawal vivo V60. Sepuluh pembeli pertama akan mendapat kotak hadiah vivo V60 × POPMART Zsiga edisi terhad, manakala sepuluh seterusnya akan membawa pulang bagasi eksklusif vivo V60 yang bukan sahaja stylish tapi juga praktikal untuk traveler.
Kalau itu pun belum cukup, semua pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar vivo semasa roadshow layak sertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM1,000, termasuk aksesori premium dan peranti pintar. Jadi acara ini bukan sekadar shopping biasa, tapi lebih kepada sebuah festival teknologi dan gaya hidup.
Teknologi ZEISS Yang Bawa Potret Ke Tahap Baru
Dibangunkan bersama ZEISS, vivo V60 hadir dengan kamera super telefoto 50 MP yang dipacu oleh sensor Sony IMX882 (1/1.953”) dengan bukaan besar f/2.65. Reka bentuk periskopnya memastikan pengguna boleh menikmati zum telefoto yang lebih hebat tanpa menjejaskan ketebalan kamera.
“Dibangunkan dengan visi untuk membawa fotografi potret setaraf profesional ke dalam telefon pintar, vivo V60 membantu pengguna merakam momen indah dengan mudah,” kata Mike Xu, CEO vivo Malaysia. Katanya lagi, dari prestasi kamera, reka bentuk tahan jatuh hingga bateri yang tahan lama, vivo V60 memang direka untuk mereka yang aktif dan tak mahu terlepas merakam momen.
Zoom 10x Untuk Rakaman Konsert Dan Acara Pentas
Salah satu selling point paling hype ialah 10x ZEISS Telephoto Zoom Portrait. Bayangkan korang pergi konsert, duduk jauh kat belakang, tapi gambar close-up artis nampak macam duduk depan pentas. Dari ekspresi muka penyanyi, tekstur baju, sampai vibe pentas – semua boleh dirakam dengan jelas.
Lebih best lagi, ada algoritma Stage Style eksklusif vivo yang secara automatik optimize rakaman pentas supaya hasilnya nampak cinematic. Dengan ini, vivo V60 boleh jadi telefon konsert terbaik di Malaysia, sebab ia gabungkan teknologi zoom dengan kualiti potret profesional.
ZEISS Multifocal Portrait Dengan Kesan Bokeh Sinematik
Selain itu, ZEISS Multifocal Portrait memberi lima panjang fokus potret emas, termasuk 85 mm dan 100 mmyang selalu digunakan dalam kamera profesional untuk menghasilkan potret klasik. Dengan tambahan ZEISS Style Bokeh, pengguna boleh hasilkan gambar potret ala kamera DSLR, dengan bokeh sinematik yang smooth.
Ini bermakna sama ada korang rakam selfie, gambar family, atau mood shot untuk Instagram, vivo V60 boleh deliver vibe gambar yang lebih “magazine cover” daripada telefon biasa.
Reka Bentuk Premium Dengan Warna Alam Semula Jadi
Bercakap tentang reka bentuk, vivo V60 hadir dengan tiga pilihan warna elegan iaitu Berry Purple, Summer Blue dan Misty Grey. Inspirasi daripada alam semula jadi ini bukan sahaja menjadikan telefon nampak lebih classy, malah sesuai untuk semua gaya hidup – sama ada korporat, kasual atau content creator.
Harga Dan Ketersediaan vivo V60 Di Malaysia
vivo V60 ditawarkan pada harga bermula RM1,999 untuk varian 12GB + 256GB, RM2,299 untuk varian 12GB + 512GB, dan tawaran eksklusif dalam talian RM1,899 untuk varian 8GB + 256GB.
Bagi mereka yang berminat, boleh terus dapatkan di laman web rasmi vivo Malaysia www.vivo.com/my atau ikuti update di Facebook vivo Malaysia dan Instagram vivo Malaysia.
Apa Kata Budiey?
Sebagai seorang yang selalu cover event, konsert, dan buat content, Budiey rasa vivo V60 ni memang jackpot untuk peminat fotografi dan pencipta kandungan. Dengan harga bawah RM2,000, siapa sangka boleh dapat kamera ZEISS dengan zoom 10x dan kualiti potret macam DSLR.
Kalau ikut pengalaman Budiey yang selalu struggle nak capture gambar konsert dari jauh, vivo V60 ni memang game changer. Tak perlu nak usung kamera berat, cukup letak dalam poket, terus ready nak rakam momen epic bila artis kegemaran muncul.
Budiey percaya vivo V60 akan jadi antara telefon flagship paling laris di Malaysia tahun ni, sebab ia bukan sahaja bawa teknologi high-end ke harga lebih mesra, tapi juga kasi ganjaran eksklusif yang buat pembelian rasa lebih berbaloi. Untuk mereka yang nak level up content game, telefon ni memang wajib ada.