in

vivo V23e 5G Dilancar di Malaysia dengan Keupayaan Kamera Depan Termaju

V23e 5G Datang dengan Kamera Hadapan Ultra-Jelas untuk Peminat Fotografi Mendedahkan Estetika Semula Jadi dengan Setiap Swafoto

vivo secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar V23e 5G untuk menjadikan fotografi swafoto terbaik yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. V23e 5G didatangkan dengan kamera hadapan yang hebat dan teknologi AI dipertingkatkan yang menawarkan gabungan fungsi dan gaya sempurna yang membawa pengalaman swafoto ke tahap yang lebih tinggi. 

“Di vivo, kami berazam untuk membawa telefon pintar mampu milik dengan pengalaman mudah alih terbaik buat pengguna kami. V23e 5G direka untuk pengguna yang ingin mengekspresikan diri mereka dan merakam diri mereka secara semula jadi melalui kamera hadapan yang terkemuka dalam industri dan ciri-ciri penuh inovasi – Inilah Saya. Ia juga bertujuan menjadikan peranti 5G yang kaya dengan ciri lebih mudah dimiliki oleh pengguna,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.

Membawa Swafoto ke Tahap Lebih Tinggi dengan Perkakasan Berkuasa dan Perisian yang Berupaya

vivo V23e 5G memenuhi keperluan swafoto yang berbeza, tetapi memberikan pengalaman fotografi yang sama hebat secara keseluruhan. Siri ini merupakan jawapan vivo kepada permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk pengalaman fotografi swafoto yang lebih baik – terutamanya dalam merakam potret dengan estetika semula jadi dan jelas.

Siri ini menggabungkan sistem kamera hadapan termaju vivo dengan teknologi terkini seperti autofokus dan ciri potret malam untuk menangkap foto dan video yang menakjubkan. vivo V23e 5G juga menampilkan mod Potret Semulajadi baharu vivo yang melangkaui sempadan bagi menangkap ekspresi diri. Dikuasakan oleh algoritma AI yang dipertingkatkan, ia membolehkan pengguna menangkap lebih banyak butiran wajah dalam swafoto mereka, memperkasakan mereka untuk meluahkan sisi semula jadi mereka dengan mudah.

Dari segi kejelasan, V23e 5G dilengkapi dengan Kamera Hadapan AF 44MP yang membolehkan pengguna merakam swafoto yang sangat jelas dengan fokus tajam, tidak kira berapa jarak subjek, manakala V23e dilengkapi Kamera Hadapan AF 50MP termaju yang menghasilkan swafoto yang kaya warna dalam kejelasan yang tinggi. Kedua-dua peranti menampilkan Autofokus Mata yang terkemuka dalam industri yang menjejaki mata dengan ketepatan tinggi, memastikan swafoto yang jelas dan penuh perasaan yang memastikan pengguna berada dalam tumpuan utama.

Mengambil swafoto adalah lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini dengan V23e 5G. Mod Potret Berbilang-Gaya membolehkan pengguna menambah peningkatan pada imej mereka melalui penapis, penalaan ton warna, dan kesan bokeh, membuka pelbagai keupayaan kreatif untuk swafoto yang sempurna.

vivo V23e 5G juga menyediakan pengalaman videografi yang hebat untuk pencipta kandungan. Video Dwi-Paparan membolehkan rakaman video serentak pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang, sesuai untuk menangkap cerita video daripada sudut yang berbeza. Mod Pendedahan Berganda yang dinaik taraf kini membolehkan pengguna membawa masuk foto latar belakang ke dalam visual lain, memberikan kemungkinan yang tidak had untuk meluahkan cara dan kreativiti yang bergaya.

Kamera Malam Belakang Ultra-Jelas Membolehkan Anda Melihat Dalam Gelap

Sebagai jenama terkemuka industri untuk fotografi mudah alih, vivo V23e 5G juga cemerlang di bahagian kamera belakang. vivo V23e 5G dilengkapi dengan tiga set kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP manakala vivo V23e hadir dengan set kamera 64MP + 8MP + 2MP yang berkuasa, menekankan keazaman vivo untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna dalam fotografi. Kamera utama 50MP pada vivo V23e 5G dan kamera utama 64MP pada vivo V23e membuka pintu kepada dunia butiran yang rumit, dengan memberikan pengguna pengalaman fotografi terbaik.

Memenuhi pelbagai keperluan fotografi, kamera sudut ultra lebar 8MP 120-darjah membolehkan pengguna dengan mudah menangkap gambar berkumpulan yang bertenaga, pemandangan semula jadi yang indah atau seni bina klasik. Penerokaan ke dunia cilik juga boleh dilakukan dengan lebih jelas melalui kamera makro 2MP. Bersama-sama dengan dwi-kamera bokeh, kedua-dua peranti dapat menyerlahkan subjek dan memproses sumber cahaya latar dalam suasana malam untuk mensimulasikan kesan bokeh suar yang indah dan halus seperti kamera profesional. Mod Penstabil Ultra juga menghapuskan video goyah dan foto kabur, memberikan pengalaman pengguna yang mantap.

V23e 5G baharu ialah pilihan terunggul untuk pengguna yang mencari peranti mampu milik yang memberikan mereka pengalaman yang lancar dalam mencipta swafoto semula jadi dan jelas dengan bergaya. Reka bentuk bernas vivo dalam kedua-dua perisian dan perkakasan membawa inovasi dan fotografi ke tahap dimensi baru.

Rekaan Elegan dalam Saiz Kompak

Berukuran hanya 7.36mm untuk Moonlight Shadow manakala 7.41mm untuk Sunshine Coast, V23e 5G baharu mempunyai badan ultra-langsing, menjadikannya padat namun ringan dengan berat hanya 172 gram. Reka bentuk bingkai rata 2.5D adalah hasil reka bentuk yang inovatif dan proses pengeluaran termaju, di mana bingkai tersebut dirawat dengan proses penyaduran nipis yang inovatif untuk menghasilkan kemasan yang anggun dan ada kelas. 

Siri ini datang dalam pelbagai reka bentuk warna yang bergaya, memaparkan kepakaran terunggul dalam ketukangan dan gaya artistik. V23e 5G dan V23e didatangkan dalam dua warna unik – Sunshine Coast, Moonlight Shadow.

Edisi Sunshine Coast dalam kedua-dua telefon pintar memaparkan Salutan Dwi-Lapisan baharu untuk rupa yang menakjubkan, memancarkan spektrum warna dari sudut berbeza di atas gayanya yang dipertingkatkan, menggabungkan teknologi dan alam semula jadi, mengesahkan komitmen jenama terhadap reka bentuk yang memberi tumpuan kepada pengguna. Edisi Moonlight Shadow menampilkan salutan filem seramik inovatif yang menghasilkan tekstur gred-nano pada permukaan dengan kemasan cermin di atas rona hitam klasik.

Pengendalian Super Lancar Disokong oleh Perkakasan dan Perisian Yang Dipertingkat

Menjalankan Funtouch OS 12 sebagai usaha vivo yang lebih meluas untuk terus meningkatkan sistem pengendalian yang memenuhi keperluan pengguna individu, V23e 5G dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 810, yang menampilkan reka bentuk bersepadu dengan litar yang lebih stabil dan penggunaan kuasa yang lebih rendah, menyokong Rangkaian 5G dwi-mod SA & NSA serta siap sedia dwi-SIM 5G+5G. Ia menampilkan paparan AMOLED 6.44 inci, memberikan pengguna pengalaman visual terbaik pada peranti.

Dibekalkan dengan bateri 4,050mAh, V23e 5G dilengkapi dengan FlashCharge 44W, memberi kuasa kepada peranti daripada 1% ke 69% dalam masa 30 minit sahaja, memberikan pengguna keseronokan tanpa gangguan sepanjang hari. Untuk pengalaman hiburan yang lancar, V23e 5G menawarkan pengalaman RAM 8GB + 4GB dengan Extended RAM 2.0 baharu, yang membolehkan memori 4GB digunakan sebagai RAM apabila perlu. Kedua-dua peranti tersedia dalam memori 128GB. Pensijilan Hi-Res pada siri V23e untuk muzik dan penghasilan semula bunyi asli menawarkan kualiti audio yang luar biasa kepada pengguna untuk pengalaman audio yang menakjubkan.

Maklumat Harga dan Ketersediaan

V23e 5G dan V23e kini tersedia masing-masing pada harga RM1,599 dan RM1,399. Mereka yang berminat untuk membeli peranti ini kini boleh membuat pra-pesanan peranti melalui pelbagai platform sehingga 17 Disember 2021, dengan hadiah percuma eksklusif* bernilai sehingga RM559 untuk V23e 5G dan RM459 untuk V23e.

Mereka yang membuat pra-pesanan V23e 5G melalui saluran dalam talian, seperti E-store rasmi vivo, rakan kongsi E-dagang termasuk Lazada dan Shopee, dan peniaga sah serta rakan kerjasama seperti Chan Furniture, Courts, Harvey Norman, Lulu, Senheng, Sentriq, senQ, Thundermatch dan Urban Republic, akan menerima Kotak Hadiah Dispenser Sabun Automatik, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun bernilai RM518.

Sementara itu, pembeli yang membuat pra-pesanan daripada kedai konsep vivo akan menerima Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih Jam Penggera LED, Tumbler, kad Keahlian Premium VIU TV 1 Bulan, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun bernilai RM559.

Pada masa yang sama, mereka yang membuat pra-peasanan V23e di kedai konsep vivo akan menerima beg galas, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun bernilai RM459.

Pelanggan layak menerima tawaran tambahan apabila membuat pra-pesanan kedua-dua peranti di vivo Malaysia E-stores termasuk tawaran pembelian-dengan-pembelian untuk membawa pulang siri vivo TWS 2 pada diskaun 50%, dan tawaran harian termasuk Pembesar Suara Bluetooth, baucar GrabFood, baucar Shopee/Lazada dan Fon Kepala Wayarles.

Untuk maklumat lanjut tentang vivo V23e 5G terbaharu, sila layari www.vivo.com/my atau Halaman Facebook rasmi vivo Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Coolblog Lancar Kempen Pesta Buah-Buahan Raikan Musim Cuti Penghujung Tahun

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa! #LAGIDRAMALAGIRASA