in , ,

vivo Malaysia Membawa Lebih Momen Hiburan ‘That’s Y’ dengan vivo Y33T

Dilengkapi dengan teknologi tiga kamera 50 MP, bateri 5,000mAh dan lebih lagi untuk pengalaman telefon yang menyeronokkan

vivo Malaysia memperkenalkan tambahan baharu kepada keluarga Siri Y — vivo Y33T untuk menggariskan komitment vivo untuk menghasilkan pengalaman penggunaan telefon yang tiada tandingan. Telefon pintar yang serba boleh ini dilengkapi dengan prestasi yang berkuasa tinggi, reka bentuk yang anggun dan teknologi kamera berkuasa, menjadikan telefon ini satu penambahan hebat yang memberikan momen ‘That’s Y’ dengan menciptakan saat-saat kegembiraan menggunakan teknologi.

“Dengan teknologi telefon yang sentiasa maju kehadapan, kami ingin semua pengguna kami berpeluang mengalaminya dan mencari saat-saat kegembiraan ketika menggunakan telefon kami.” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia. “Kami amat teruja untuk membawa telefon vivo Y33T yang baharu ke Malaysia, telefon pintar terbaik untuk pengguna yang mencari telefon yang mempunyai kebolehan yang serba boleh dan memenuhi kehendak harian mereka. Mengikut falsafah “Joy of Humanity” kita, vivo Y33T membawa detik kegembiraan dengan adanya kebebasan untuk kehidupan yang menyeronokkan, dengan menciptakan kegembiraan harian yang kecil dan memaksimakan setiap saat yang bermakna.

vivo Malaysia Membawa Lebih Momen Hiburan ‘That’s Y’ dengan vivo Y33T

Prestasi yang Tinggi untuk Menambahkan Momen yang Ceria, That’s Y.

Rasakan prestasi penuh vivo Y33T dengan Snapdragon 680, prosessor 6nm berkuasa tinggi yang boleh melaksanakan tugas-tugas harian dengan mudah tanpa sebarang masalah. Bersama dengan memori 128GB, pengguna akan mempunyai ruangan memori yang besar untuk semua storan mereka. Selain itu, vivo Y33T juga didatangkan dengan slot tambahan yang boleh menyokong storan sebanyak 1TB, menjadikan semua penyimpanan dalam telefon lebih mudah tanpa merisaukan ruangan memori mereka.

vivo Y33T juga didatangkan dengan RAM 8GB dan mampu menukarkan ruangan ROM terbiar sebanyak 4GB kepada RAM tambahan dengan Extended RAM 2.0, memudahkan pelaksanaan tugas dengan lebih lancar dan tanpa ketinggalan. Kuasa telefon juga tidak menjadi kerisauan lagi, dengan bateri 5,000mAh yang menguasai telefon tersebut dan 18W Fast Charge, membenarkan kegunaan telefon sepanjang hari tanpa kerisauan. Telefon pintar ini juga boleh dijadikan sebagai powerbank mudah alih, dengan kebolehan pengecasan terbaliknya.

Direka untuk Mencapai Pengalaman Hiburan yang Dalam dan bergaya. That’s Y

Paparan skrin vivo Y33T adalah FHD+ 6.58 inci paparan Incell yang mampu menunjukkan warna yang terang dengan perincian yang tepat, dan dengan kadar penyegaran 90Hz, pengguna boleh menikmati penggunaan telefon dengan pengalaman yang selembut sutera dan mengasyikkan ketika gamingmahupun menonton video. Penyaring cahaya biru yang sudah terbina dalam juga boleh melindungi mata pengguna daripada pendedahan sinar cahaya yang berbahaya dari penggunaan telefon yang berpanjangan.

Direka dengan badan peranti senipis 8.0mm dan bingkai rata 2.5D, vivo Y33T sangat ringan untuk dipegang sambil memberikan pemegangan yang premium dan selesa. Kamera belakang disusun anggun dan dicipta dengan rekaan langkah Dual-Tone terkenal vivo, membolehkan pengguna untuk menerokai teknologi berkuasa tinggi yangdibina didalam badan telefon tersebut. Reka bentuk yang ringkas dan estetik adalah sesuatu tambahan yang sempurna kepada gaya fesyen seseorang.

vivo tidak asing lagi dengan teknik reka ciptanya yang inovatif, dan ini termasuk dalam tawaran warna vivo Y33T yang baharu—Mirror Black, Midday Dream dan Starry Gold. Mirror Gold mempunyai teknik salutan dua lapisan yang dijalinkan dengan warna hitam yang bersinar dan berkilat; sementara itu Midday Dream merupakan warna yang lembut, ditambah dengan tekstur AG yang memberikan rasa yang sejuk bersama dengan selapis cecair kristal yang menambahkan kelembutan yang membuatkan telefon tersebut kurang mendapat cap jari. Starry Gold pula adalah warna yang dinaik taraf dengan penggunaan tekstur glitter fluorite, bersama dengan teknik penyaduran warna gradien gred-nano untuk menciptakan permukaan keemasan yang sejuk dengan garisan yang berkilat.

Gambar Sempurna dalam Semua Pencahayaan, That’s Y 

Saat-saat kegembiraan baik diingati dan dinikmati dengan gambar yang jelas. vivo Y33T dimuatkan dengan konfigurasi tiga kamera 50MP untuk menepati semua keperluan fotografi dan videografi. Kamera utama belakang 50MP dapat menangkap gambar-gambar yang berdefinisi tinggi dengan penjelasan tidak kira jarak penggambaran. Dengan sensor imej JNISQ03, kamera ini mempunyai 50 juta piksel fizikal, menangkapi momen gembira tanpa herotan. Bersama dengan kamera Bokeh 2MP dan kamera Super Macro 2MP, vivo Y33T menghasilkan kesan bokeh dengan latar belakang yang lebih semula jadi dan menangkap imej dekat yang terperinci serapat 4cm.

vivo Y33T menawarkan pengalaman fotografi malam yang terbaik dengan mod Super Night, menggunakan teknologi pengurangan hingar super untuk gambar RAW terkini yang menggabungkan beberapa gambar kepada satu untuk menghasilkan imej malam yang terang. Kamera tersebut jugak mempunya ciri-ciri fungsi Super HDR, menangkap imej yang harmoni dalam setiap inci.

Pengguna tegar selfie dan media social juga akan suka mengambil selfie HD dengan kamera Super Night Selfie 16MP dari telefon vivo Y33T. Selfie dan potret yang ditangkap adalah jelas dengan perincian yang cerah dan kelihatan semula jadi, tidak kira masa gambar ditangkap.

Pengalaman Pengguna yang Cemerlang dalam Jangka Masa Lama, That’s Y

Teknologi yang terbaik adalah teknologi yang menceriakan pengguna dalam jangka masa lama. Dikuasai oleh Funtouch OS 12 berdasarkan Android 12, vivo Y33T membawa penawaran-penawaran terkini kepada pengguna untuk dinikmati. Reka cipta yang estetik dan bersih dengan kawalan sentuh memberikan pengalaman pengguna terbaik semasa digunakan. Ia juga mempunyai fungsi Multi Turbo 5 vivo, mempertingkatkan rangkaian internet, kelajuan system prosessor dan prestasi penyimpanan kuasa.

Untuk pemain yang sentiasa mencari pengalaman yang terbaik ketika bermain permainan dalam telefon, Y33T mempunyai mod Ultra Gameyang membenarkan pengguna menerokai pengalaman gaming dengan deria. Peranti tersebut dimuatkan dengan system penyejukkan dalam, yang memastikan komponen telefon kekal sejuk walaupun selepas penggunaan yang lama.

Harga dan Ketersediaan

Dengan harga RM999, vivo Y33T sekarang tersedia untuk dibeli di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, kedai rasmi talian vivo Malaysia dan kedai utama vivo Malaysia di Shopee dan Lazada. 

vivo Malaysia akan mengadakan Hari Jualan Pertama untuk vivo Y33T pada 2 April 2022. Pelanggan yang membeli vivo Y33T semasa Hari Jualan Pertama akan menerima hariah percuma, iaitu Waranti Lanjutan 1 Tahun bernilai RM159.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIF SATAR THE LOCOS X RAIHAN

Alif Satar & The Locos X Raihan Tampilkan EP ‘The Sunnah The Better’ 

Chronicalz & DC Willie Terus Unggul Dengan Single Hip Hop ‘Now Cemane?’