in ,

Viu Akhiri 2021 Dengan Prestasi Kukuh di Dalam Dan Belakang Skrin

Viu Malaysia mencatat kedudukan No. 1 pada dua metrik prestasi utama

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau diterajui oleh PCCW, membawakan hiburan Asia terbaik bagi Q4 2021. Menurut laporan kajian terbaharu Media Partners Asia (MPA)’s AMPD Online Video Consumer Insights Q3 2021, yang diterbitkan pada November 2021*, Viu terus berada di kedudukan No.1 dari segi bilangan Purata Pengguna Bulanan (MAU) di Asia Tenggara. Viu juga berada di tangga kedua daripada segi pelanggan berbayar dan minit penstriman dalam kalangan platform video utama di Asia Tenggara pada Q3 2021. Viu Malaysia mencatat pencapaian tertinggi apabila meraih Nombor 1 daripada segi jumlah keseluruhan pelanggan berbayar dalam kalangan semua peserta OTT dan mengekalkan kedudukan Nombor 1 bagi jumlah keseluruhan MAU dalam kalangan OTT premium percuma di negara ini.*

Di samping itu, judul-judul Viu Original baharu dan eksklusif dari drama Korea, Indonesia, Filipina, dan Thai serta Anime telah menyebabkan penonton Viu melekat di skrin dan terhibur sehingga penamat tahun 2021. Prestasi teguh dari siri Viu Original, Now, We’re Breaking Updibintangi pelakon A-list Korea, Song Hye-Kyo, ke seluruh Asia Tenggara telah menyaksikan blockbuster tersebut menjadi siri paling tinggi ditonton dalam empat minggu pertama tayangannya di Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Hong Kong.

Cik Janice Lee, CEO Viu dan Pengarah Urusan Kumpulan PCCW, berkata, “Keputusan Q3 daripada laporan AMPD Research jelas menunjukkan prestasi konsisten kami di pasaran, dengan Viu berada di kedudukan Nombor Satu bagi lapan suku tahunan berturut-turut sehingga kini dari segi MAU. Kami terus meluaskan set kandungan kami menerusi maklum balas yang kami terima di atas talian. Selain mengukuhkan komitmen kami kepada pasaran tempatan dengan membawa kandungan terbaik Asia dan tempatan, kami juga berusaha meluaskan penawaran Viu Original dan banyak lagi dengan penawaran kandungan eksklusif yang akan dilancarkan pada tahun 2022.” 

Viu Akhiri 2021 Dengan Prestasi Kukuh Di Dalam Dan Belakang Skrin

Now, We’re Breaking Up

Seiring dengan penekanan fokus terhadap siri Viu Original, dua muzikal baharu telah dilancarkan November lalu di Indonesia dan Filipina. Write Me a Love Song adalah siri komedi romantik dibintangi penyanyi terkenal Indonesia Bio-One, Marsha Aruan, dan Dinda Kirana. Ia diterajui oleh pengarah filem memenangi anugerah Indonesia Emil Heradi yang juga mengarahkan produksi asli paling berjaya Viu, Pretty Little Liars. Drama muzikal asli Filipina pertama Viu, Still, tertumpu kepada hubungan bertenaga dan memilukan dalam kalangan artis yang baharu, yang terperangkap di dalam sekatan pergerakan semasa berada di kem muzik. Dicipta oleh Pat Valera, pemenang dua kali Anugerah Palanca (anugerah kesenian tertinggi Filipina) dan pengarah-penulis skrip muzikal Filipina yang popular, Mula Sa Buwan dan Dekada ‘70, ia menampilkan bakat berkelas dunia Filipina dari muzik pop dan teater seperti Julie Anne San Jose dan Christian Bautista. 

Drama yang dinanti-nantikan One Ordinary Daydilancarkan pada November dan menyertai barisan drama Korea berkualiti pada platform ini. Ia menampilkan aktor-aktor terkemuka Korea Selatan, termasuk Kim Soo-Hyun, yang kali terakhir membintangi K-drama popular It’s Okay to Not Be Okay, aktor veteranr Cha Seoung-won, dan aktres Less Than Evil Lee Seol.  

One Ordinary Day

Viu bakal menamatkan tahun ini dengan beberapa kandungan eksklusif, seperti drama eksklusif Korea, Moonshine. Bibit-bibit cinta pasti tercetus antara dua peneraju drama ini yang dilakonkan oleh aktor popular Yoo Seung-ho (Memorist)dan  K-idol bertukar menjadi aktres, Hyeri, yang diingat dengan wataknya dalam Reply 1988 dan My Roommate is a Gumiho

Pastikan anda terus menonton siri serta filem terbaru dan koleksi drama evergreen yang disukai ramai, serta First-on-Viu dan eksklusif menerusi apikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di  App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih, selain laman web www.viu.com.

– # –

*Sumber: “Southeast Asia Online Video Consumer Insights” diterbitkan oleh Media Partners Asia (MPA). Antara platform penstriman video utama di Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand).

Tentang Viu

Viu adalah penyedia layanan streaming OTT (over-the-top) PCCW yang terkemuka dan dikendalikan oleh Viu International Limited. Ianya boleh didapati di 16 pasaran termasuk di seluruh Asia, Timur Tengah, dan di Afrika Selatan dengan lebih 49.4 juta pengguna aktif setakat Jun 2021.

Perkhidmatan Viu boleh didapati dalam dua model iaitu tier pertama yang disokong dengan iklan dan tier langganan premium. Viu menyampaikan kandungan premium siri TV yang terkini, filem dan program gaya hidup lokal dan pelbagai bahasa serta sari kata dalam pelbagai genre dari penyedia kandungan terkemuka, dengan genre berbeza dari penghantar kandungan terkemuka serta produksi asal premium di bawah jenama “Viu Original”.  

Viu juga menawarkan perkhidmatan penstriman dan ciri muat turun, serta pengalaman pengguna yang dilokalkan melalui pelbagai peranti bersambung. Viu boleh memberikan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira keadaan peranti atau rangkaian.

Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play) di peranti bersambung dengan internet, cth. telefon pintar dan tablet, TV pintar terpilih, dan juga loh masuk di laman sesawang www.viu.com. 

Tambahan itu, Viu International Limited, melalui anak syarikatnya Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert muzik langsung yang popular di Hong Kong.

Tentang PCCW Limited

PCCW Limited (SEHK: 0008) adalah sebuah syarikat global dengan ibu pejabat di Hong Kong yang mempunyai pegangan dalam syarikat-syarikat telekomunikasi, media, penyelesaian teknologi maklumat, pembangunan hartanah dan pelaburan, dan perniagaan lain. 

PCCW Limited memegang kepentingan utama dalam HKT Trust dan HKT Limited, penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama di Hong Kong dan pengendali terkemuka bagi perkhidmatan talian tetap, jalur lebar, komunikasi mudah alih, dan hiburan media. HKT memberikan penyelesaian bersepadu dari hujung ke hujung menggunakan teknologi terkini untuk membantu perusahaan dan mentransformasikan perniagaan mereka. HKT juga telah membangunkan ekosistem digital dengan mengintegrasikan program kesetiaan, e-dagang, pelancongan, insurans, perkhidmatan teknologi kewangan (FinTech), dan teknologi perubatan (HealthTech) untuk mengukuhkan hubungannya dengan pelanggan.

PCCW memiliki kumpulan multimedia dan hiburan yang bersepadu di Hong Kong yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan video OTT di Hong Kong dan juga di rantau ini.

Melalui HK Television Entertainment Company Limited, PCCW turut mengendali perkhidmatan TV domestik percuma di Hong Kong. 

Turut dimiliki sepenuhnya oleh PCCW Limited, PCCW Solutions adalah penyedia penyumberan luar proses IT dan perniagaan terkemuka di Hong Kong, tanah besar China dan Asia Tenggara. Sebagai tambahan, PCCW memegang saham dalam Pacific Century Premium Developments Limited dan pelaburan luar negara yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang PCCW, sila layari  www.pccw.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem G STORM

Bantal DAG

Bantal DAG & Tuala Bernilai RM156,000 Disumbang Mangsa Banjir