in , ,

Viu Original Terbaru, From Saga With Love Ditayangkan di Saluran Sensasi Unifi TV

Viu, perkhidmatan penstriman OTT pan serantau terkemuka Malaysia mengumumkan drama Viu Original terbarunya, From Saga With Love kini tersedia di Sensasi, sebuah saluran tempatan milik Unifi TV.

Bermula 28 September 2023, Viu-ers boleh menonton drama ini pada setiap hari Khamis jam 9:30 malam dengan dua episod berturut-turut dan nikmati detik-detik percintaan, gelak tawa dan tipu muslihat. 

From Saga With Love ialah drama bersiri sepuluh episod arahan Umi Salwana Omar dan diterbitkan oleh Lina Tan yang mengisahkan tentang Karma, seorang pempengaruh media sosial yang berbohong untuk bekerja sebagai jurubahasa kepada pelakon popular, Bianca Rozario semasa berada di Saga, Jepun.

Tentang Drama Bersiri Viu Original From Saga With Love, Jom Baca Sinopsis!

Karma berusaha sedaya upaya agar penipuannya tidak terbongkar, memandangkan dia juga pada masa yang sama menjalankan misi rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca, Kathy, yang ingin mengetahui tentang kisah percintaan Bianca. Dengan kehadiran juruvideo, Bob dan seorang jejaka pendiam, Sham, apa yang terjadi adalah pelbagai masalah, penyelesaian dan komplikasi romantik yang berterusan. 

Siri komedi romantik yang menampilkan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry ini bukan sahaja menjanjikan Viu-ers dengan elemen cinta, drama dan tipu daya tetapi juga menjadi pelengkap kepada koleksi kandungan menarik yang tersedia di Unifi TV. 

Sensasi menyediakan kandungan dari pelbagai genre termasuklah drama bersiri, rancangan aneka ragam dan juga program gaya hidup. Dengan melanggan Unifi TV Packs, Viu-ers boleh mengakses saluran Sensasi dan menikmati From Saga With Love dengan mudah. Sebagai alternatif, Viu-ers juga boleh mengakses saluran ini dengan mudah melalui aplikasi Unifi TV, yang menawarkan kemudahan untuk menikmati siri ini pada bila-bila masa di mana sahaja, eksklusif untuk pelanggan Unifi TV.

Unifi TV juga ada menyediakan Ultimate Max Pack dan Aneka Plus Pack yang menawarkan akses premium untuk Viu dan kini menawarkan Ultimate Max Pack pada harga promosi RM 89.90 sehingga 30 September 2023. Untuk pengalaman menonton yang lebih personal untuk anda, Unifi TV ada menawarkan Viu sebagai pilihan ala carte dengan harga serendah RM5 sebulan. 

Ikuti perkembangan episod terkini From Saga With Love dengan mengakses aplikasi Viu bersama Unifi TV dan juga boleh menonton semula episod-episod yang telah ditayangkan untuk menyelami dunia siri komedi romantik ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AINA ABDUL

Aina Abdul Dituduh Guna ‘Kabel Orang Dalam’ Dapat Dana RM300,000

Dato Shake

Konsert Solo Datuk Shake di Kuala Lumpur Pada 16 Disember 2023